My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, November 15, 2005

Antara Aininaufal dan Kedai Pajak

Inilah minggu dan bulan yang paling menguji saya rasakan. Kedai Pajak ( yang juga dikenali dengan nama Epik Si Pengungsi Takdir alias 99 Hajat ) nampaknya memerlukan suatu komitmen yang besar .Saya benar-benar bersyukur kerana semua yang terlibat seperti Zalisa, Seruling Fakir, Faizah, Alif dan yang bakal terlibat Asyhadi telah dan bakal memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh kepada projek N2W -Ninety Nine Wishes .Wah !, macam nama game terbaru hasil kerjasama antara Q entertaiment dan Phantagram Ltd ,N3. Hasil air tangan Tetsuya Mizuguchi. Dalam menerima komen yang membina sambil diselang selikan dengan menulis untuk N2W inilah saya menerima mesej dari seorang hambaAllah.

XXXXX[Aininaufal] Askom saya sedang blaja mcincang karya sdra. Tunggu surat cinta dr saya. Sila save no ni. Aduhhhh duh duh duh !.

Saya mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

XXXXX[Panaharjuna] Laa...ni sapa pulak ni ?
XXXXX[Aininaufal] EDITOR ANDA !

Editor ?, Ah, puan Ainonkah ?,

XXXXX[Panaharjuna] pn Ainon ke ?, bila tukar no baru ?, no lama 2 pakai lagi tak ?sabare, sabare hahahahaha…
XXXXX[ Aininaufal] Bukan la, pn ainon sdg nak sembuh skrg ni demam g la tanya kabonya sy baru dpt no saudara dr kak nor ptg tadi.

Ah sudah !,siapa pula ni ? cerita mana pula yang di edit ni ?, cerita Sahabat Kole Kacangkah ?, atau ceta Mat Lajak ?

XXXXX[Panaharjuna] Ini sapa ek ?kalau kenal kak nor mesti pts 1kan , karya yang mana ek ? skk ke ?, pts 1 ada berapa editor ?
XXXXX[Aininaufal] Aininaufal
XXXXX[Panaharjuna] Aini now fall ?, doesn't ring any bell.
XXXXX[Aininaufal] warkah-warkah cinta lara dariku bakal memenuhi peti emel anda*tlg beri emel address* kita prnh jumpa ke ?
XXXXX[Panaharjuna]Adoi !, panaharjuna@yahoo.com. Tlg le cakap awak edit karya saya yang mana, kalau awak edit job pts 1,maknanya 2, kak nor nak satu gi novel, tp kalu awak edit job pts fortuna maknanya err…x tau !.
XXXXX[Aininaufal] Sy dapat kisah Azam,dah baca sikit, baru blaja editing,lps mekap novel sendiri baru mekap novel anda.
XXXXX[Panaharjuna]Kisah azam ?,alamak awak pts fortuna.Itu ceta mat lajak !, awak under pn ainon, eh ceta tu bila boleh masuk market ha ?
XXXXX[Aininaufal] Kata bos bulan 2, sy pun blm katam lagi mengaji dgn dia tapi kali mmg awak kena banyak rework,ketat sgt la. awak ke mat lajak tu ?

Bulan 2 ?, aduhai, masaklah saya kali ini.Saya boleh menduga kenapa saya dihubungi oleh Aininaufal. Dengan Kelab N2W yang baru ditubuh, dengan editing kerja yang bakal saya perbuat untuk cerita Mat lajak itu, dengan menghadiri kenduri kahwin abang di Kedah lagi...

Ini betul-betul cabaran yang setanding dengan kemampuan saya malah mendewasakan !.

1 Comments:

Blogger Ariyatna Adri said...

ukir mengukir topeng ni aku tak reti. belum belajar. topeng tu adalah kain mcm cerita puteri raja zaman dulu, tutp muka. kain tu bolehlah bermotif atau bercorak, terpulang pada pelukis ilustrasi.dan terpulang kalau pelukis ilustrasi nak buat topeng lain.

8:05 AM  

Post a Comment

<< Home