My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, December 27, 2005

Mewar-warkan iltizam

Telah terlalu lama saya tidak menulis di blog ini. Terlalu sibuk semenjak akhir-akhir ini. Mujurlah janji dengan puan Ainon pada tahun ini telah saya tunaikan .Dua buah buku , sekurang-kurangnya dengan pts.
Saya dapat menghasilkan tiga buah . Dua buah dengan pts one ,sebuah dengan pts fortuna.

Ketika mengikuti Puan Ainon berkursus di Port Dikson baru-baru ini, saya telah mempelajari beberapa perkara yang penting dari Puan Ainon, antaranya sangat-sangat saya ingat dan sangat-sangat saya akan laksanakan adalah pentingnya menzahirkan azam .
Pada kursus itu Puan Ainon telah mendesak guru-guru ini agar menyiapkan kisah pajakkan mereka dengan anggaran bab pertama setebal tiga puluh halaman.
Suatu permintaan yang pada hemat saya agak besar bagi orang yang baru menulis. Namun yang anehnya kesemua guru itu walaupun mengeluh tetapi tetap berazam akan menunaikan cerita-cerita mereka.
“Kenapa ?” Tanya saya kepada Pn Ainon
“Eh saudara Zafran , ini maruahlah !, kalau kita dah berjanji tapi tidak dapat ditunaikan, bagaimana ?, malu tidak ?”.
“Hendak-hendak pula azam itu di war-warkan, di cerita dan diberitahu !” Ya. Sunguh benar kata Pn Ainon itu.

Serta merta pengalaman saya ketika masih menjadi penuntut di ITM dahulu menyinggah didalam fikiran .

Suatu ketika dahulu, ketika saya masih di Engine H.E.L.L.S

Saya adalah salah seorang penuntut kejuruteraan yang mengikuti jemaah tabligh satu ketika dahulu . Salah satu ajaran yang penting didalam Tabligh itu yang saya lihat serupa dengan kata-kata pn ainon itu adalah pentingnya menzahirkan keazaman dengan suatu tindakkan.
“Insyaallah tuan-tuan, berikan ‘azam’ tuan-tuan”.Demikianlah ayat popular ketika sessi Tashkil (memberi nama) di buat . Memberi nama itu benar-benar terasa sesuatu yang sangat berat saya rasakan .Suatu ‘tindakkan’ yang pada hemat saya, sangat lelaki.
“Tuan-tuan yang di muliakan oleh Allah s.w.t. Kenapa penting kita memberi nama ini ?”Saya mendengarnya dengan hati-hati.Ditangan si penanya itu telah tersedia sebatang pena dan sehelai kertas putih.
“Ini kerana nama tuan-tuan ini, adalah bukti di hadapan Allah ketika berdiri di mahsyar kelak tuan-tuan .”Saya masih teragak-agak untuk memberi nama.
“Keazaman tuan-tuan perlu dizahirkan ,takaza (panggilan) perlu di sahut tuan-tuan, seperti mana para sahabat ajmain menyambut setiap takaza” Mendengar kata-kata itu jiwa saya bergetar .Saat itu betapa teringinnya jiwa saya yang kecil ini untuk bangkit di mahsyar bersebelahan dengan para sahabar ajmain yang mulia.
“Insyaallah tuan-tuan, berikan ‘azam’ tuan-tuan !”.Tangan saya bergetar, darah saya rasanya di ketika itu bergelora untuk menyambut takaza itu.
“Insyaallah ,tuan-tuan !”.Dan akhirnya, dengan jazbah yang terbakar itu, saya mengangkat tangan.

Bukan angkat tangan yang menyerah. Tapi angkat tangan yang memberi nama. Menzahirkan cita-cita.

“Nama saudara ?”
“Ahmad Zafran bin Abd Mutalib, kolej kediaman Nyatoh”

Barangkali kerana inilah saya rasa perlu menzahirkan cita-cita sempena 1 Januari 2006 ni

Baiklah …..

Tahun ini sepuluh buah buku !!!

GANBATEE!!!!!!!! (berusahalah!!)

Hahahaa…saya barangkali di pengaruh KUBONOUCHI EISAKU

4 Comments:

Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Mengapa 10 buah buku? Mengapa tidak 11 buah buku? Ataupun 9 buah buku? Apa keramatnya angka 10 tu? Ewah! Lateral thinking pulak.....

7:49 AM  
Blogger Ariyatna Adri said...

gantabee!!!

go!go!gantabee!!

go!go!gantabee!!

6:49 PM  
Blogger abdullahjones said...

:)

11:41 PM  
Blogger Adun Karamba said...

well done beb. kagum dengan kesungguhan kamu

11:57 PM  

Post a Comment

<< Home