My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, December 27, 2005

SAJAK SEMPENA ULANG TAHUN PERTAMA

Saya pernah menghantar sajak ini untuk projek antologi Talib Samat sempena peristiwa yang mengetarkan itu .Tetapi entah mengapa hingga ke saat ini tiada pemberitahuan , surat atau apa sahaja samada buku yang memuatkan sekian banyak puisi itu telah di terbitkan atau tidak .Barangkali sajak saya ini masih punya banyak kelemahan .

KERANA KITA ,HAMBA YANG BERDOSA DAN TERBATAS

Kami, melihat sejadah yang kosong
Saat Muadzin berteriak-teriak yang hak,
Di jalanan yang gelap, lampu sinar
Terbiar tidak dimengerti
Dan subuh, saksi yang dibisukan.

Kehairanan bertamu dijiwa kami,
Bila air mata yang terbit, bukan pada tempatnya
Bila alirannya, bukan kerana keinsafan
Dari retak hati yang diresapi
Firman tuhan yang mengampun
Bila gugurnya titis-titis kesedihan adalah kerana
Kehakiman manusiawi
Menyingkir pulang insan yang dipuji puja
Dari pentas lakunan kehidupan
Yang menjaja jaja kenamaan
Tak bererti

Lalu suara yang menegur ini tidak dipeduli
malah dituduh tuli, kolot,anak kampung gelandangan,
Bangsat lagi merempat
Pergi!, kata mereka
Jangan campur-campur lagi urusan kami.

Dan mereka merancang lagi,sedang tuhan itu maha merancang,
Hari ini bila tuhan mengajar kita,
Melihat kekuasaannya,menilai keperkasaannya
Hanya dengan mengusap badai, membelai angin, menyapa tanah.
Diperintahnya ketakutan, Hadir !
Dengan zahir kepahitan yang tak tertelan,
Saat itu kita terduduk,tertunduk, insaf mengerti

Tuhan …..
Ampunilah kebiadapan kami,
Kekuranghajaran kami,Kealpaan kami
Sedang hakikatnya kita telah terlewat, terlambat meraih pengampunanNya
Lalu hari ini disisir tinggalan bumi yang kaku
Kami kutip pengajaranMu, Kami serap didikkanMu.
Dari sisa-sisa yang kau tinggalkan, dari bukti-bukti yang kau perlihatkan
Akur, kami hambamu yang berdosa.
Kami..
Hambamu yang terbatas.

Barangkali juga kerana sajak ini telalu ‘keras’ .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home