My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, January 17, 2006

Kisah Kartu Nama (1)

XXXXX"Name card?, "tanya Emio. Saya cuma daya tersenyum .Persoalan Kartu nama ini telah banyak kali terlintas di fikiran saya namun saya diamkan.
XXXXX"Insyaallah, minggu hadapan," saya memberikan janji . Lalu minggu yang berikutnya setelah selesai berurusan di kaunter IJN, saya termenung sendiri melihat bil di tangan .Kesedaran ini membuatkan saya terfikir untuk mengurus kewangan dengan lebih teliti dan perkara itu terbawa pula kepada satu perkara penting yang masih saya tangguhkan. Kartu nama.

Saat itu juga saya ke internet IJN untuk menghubungi Invictus. mengutuskan warkah.

XXXXX"Incase kalau ko terlupa @ terhilangkan nota yang aku bagi tu, ni XXXXXadalah perkara perkara yang aku nak "appear" atas namecard tu .

XXXXXXXXXX1. Nama
XXXXXXXXXXXXAhmad Zafran bin Abd Mutalib.

XXXXXXXXXX2.Nama Samaran
XXXXXXXXXXXXPanaharjuna

XXXXXXXXXX3.Gambar aku masa moda-moda (baby) .Gambar ni yang XXXXXXXXXXX aku attachkan kat atas.
XXXXXXXXXXXXpanah.jpg (kau jangan ngada- ngada nak letak gambar XXXXXXXXXXX lain@superimpose gambar tu)

XXXXXXXXXX4.email aku.
XXXXXXXXXXpanaharjuna@yahoo.com

XXXXXXXXXX5.website aku
XXXXXXXXXXhttp://www.panaharjuna.scriptmania.com

XXXXXXXXXX6.Kerja aku.
XXXXXXXXXXPerkataan " writer ",dibawahnya ada perkataan "penulis", XXXXXXXXXX dan perkataan "story director", dibawahnya ada perkataan XXXXXXXXXX"pengarah cerita"

XXXXXitu sahaja . Design ikut suka ko lah, janji bila orang pegang name XXXXXcard aku, dia orang yakinlah yang aku ni adalah penulis, bukannya XXXXX post graduate dari sekolah shaolin soccer .

XXXXXtimakasih .Assalamualaikum
"

Selepas menghantar enmail itu saya merasa seperti bodoh pula, lalu saya menulis kembali diatas sebuah kertas sebesar tapak tanngan dan kemudiannya bergegas ke tempat invictus. Setibanya di tempat invictus, saya telah memberikan kepada sahabat saya itu apa-apa yang saya mahukan tertera di atas kartu nama itu.

XXXXX"Kau nak spec yang ini ?"
XXXXX"Ya ."
XXXXX"Design?"
XXXXX"Aku serahkan pada kau, aku nak bila orang baca namecard aku dia tahulah yang aku ini seorang penulis, bukannya post graduate dari temple Sholin Socker!" Beritahu saya kepada Invictus sambil sahabat itu tersenyum-senyum sendiri.
XXXXX"Oklah nanti aku design kad ko ni, tapi aku akan email ko dari semasa ke se..opp..opp...,alamak !!!" .Nota di tangan invictus jatuh ke bawah lalu menyelinap terus ke dalam longkang, saya hanya tersenyum, ternyata 'plan B' saya tidak bodoh . Invictus memandang saya sambil tersengeh-sengeh seperti kerang busuk.
XXXXX"Tak apa, aku dah email satu pada kau, kau check email kau tu, apa yang aku nak semua ada dalam email tu".Barulah wajah "tupai tanah disergah pemburu itu" berubah menjadi wajah yang tenang dan gembira.
XXXXX"O.klah, nanti dah siap design nanti aku akan bagi kau kad tengok"
XXXXXXXXXXXXDan inilah dua contoh kad pada hantaran pertama itu .
Saya melihat kedua-dua kad itu, cantik, namun masih ada yang tertinggal .

Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket


XXXXX"To Plain, kosong sangat" saya berbisik sendiri di dalam hati .Tentang Kad yang kedua pula telah ada semangatnya namun kelihatan pada saya masih belum mempunyai tarikkan, masih ada yang ketinggalan, lalu saya mulai mengetuk-ngetuk keyboard semula.

Namun belum pun sempat untuk saya keluar dari cafe, satu email dari invic singgah ke email saya .

ni ade contoh yg simple utk ko tengok....Malam ni aku email lagi contoh contoh lain...
Aku nk tanya...kalau la nak diletak grafik kat namecard ko tu..ko suka grafik yg konsep ape? (klasik ke, abstrak ke, decorative ke, or mebbi yg ade unsur2 penulisan gak?)
*Sila reply kat SMS...



Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket

0 Comments:

Post a Comment

<< Home