My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Friday, November 11, 2005

Pertemuan yang bererti

Telah terlalu lama tidak meletak posting, banyak lintasan peristiwa yang penting berlaku namun kerana kekurangan masa yang senggang keinginan itu terbiar begitu sahaja. Tidak dibajai .Bersyukur hari ini saya di jemput ( dengan geram) oleh Pn Ainon ke PTS .Satu kursus penulisan telah di janjikan untuk diadakan di PTS. Saya dan Alif bertemu dengan janji yang biasa di Pasar Seni yang kontroversi itu .
xxxxxxxxxx"Sewa naik tiga ratus peratus, melampau".Saya memberitahu Alif. Dia mengiayakan, barangkali tahu juga mengenai berita itu. Namun berita itu terbawa diangin lalu yang begitu sahaja bila LRT yang ditunggu meluncur di depan mata . Saya bicara yang penting-penting sahaja disepanjang perjalanan ke Wangsa Maju dan sebaik sahaja tiba di PTS, saya dan Alif menjamah dahulu .
xxxxxxxxxx"Aku tak sarapan apa-apa dari NS tadi Alif".Beritahu saya kepada Alif yang kelihatan resah. Menjamah sarapan pagi tambah terganggu bila Alif di hubungi Pn Ainon di Handsetnya.
xxxxxxxxxx"Saya kat bawah ni Puan, sedang makan dengan Zafran". Jujur Alif memberitahu, saya hanya daya tersenyum. Big Boss sudah mengamuk !, Alif hanya senyum-senyum yang sabar, hai, Alif...Alif...sahabat saya ini memang penyabar. Selesai bersarapan jam di dinding kedai tepat menunjukkan pukul 12, aduhai !, betapa janji melayunya !!!. Dalam perjalanan naik ke tingkat dua berselisih dengan Seruling Fakir yang dalam perjalanan ke bawah .
xxxxxxxxxx"Eh, Zafran, Pn Ainon dah tunggu". Saya hanya daya tersenyum, lalu dengan langkah yang segera bergegas menaiki tangga ke tempat perjumpaan.
xxxxxxxxxxDisanalah, kami berlima bertemu pada kali pertama . Saya, Alif, Saudara S.F, Putri Daluwarsa dan Zalisa (nama Samaran) bertemu .Awalnya kami agak kekok namun kerana merasakan bahawa saya perlu segera mengatasi kejanggalan persahabatan ini, kami taaruf yang panjang. Saling mengenal diri yang mendalam. Ternyata selepas sessi taaruf yang panjang itu, keterbukaan ilham, membuatkan sessi brainstrorming kami menjadi begitu padat dan menarik. Terus terang saya katakan ilham untuk membuat kisah Pemajak Mimpi timbul dan mendapat restu dari Pn Ainon lalu kerja membuat kisah itu begitu menarik sekali saya rasakan .Lima penjaja Mimpi kini sedang memulai jajaan mereka,
xxxxxxxxxx"Kami hanya menerima bahan pajakkan yang mahal seperti azam, semangat, cinta, masa muda, kemulian, nyawa, semangat dan lain-lainnya".Mata Puan Ainon membulat, ternyata dia begitu tertarik dengan idea yang saya bentangkan.
xxxxxxxxxx"Dan hanya tujuh orang sahaja yang diberi kebenaran untuk keluar dan masuk dari kedai pajak yang luar biasa ini untuk mengambil barang pajakkan" .Saya memberitahu rangka cerita yang bermain difikiran saya. Puan Ainon memberikan restu dan motivasi untuk saya membuat cerita ini .Dan ternyata setelah cerita ini dibentangkan setiap orang telah kembali dengan cerita yang sangat luarbiasa hasil dari muzakarah dan sessi perbincangan.Tujuh Penjaja bertukar menjadi lima penjaja .Setiap orang dengan sepuluh barang gadaian yang wajib. Kenapa Wajib ?. Disini kami meletakkan twist lagi. Lalu untuk perjalanan kisah yang pertama lima barang pajak yang dipilih dan dikisahkan .Setiap kisah hanya sepanjang lima puluh muka surat, maka bila digabung setiap lima kisah maka jadilah ia sebuah kisah yang akan saya cantumkan di hujung cerita menjadi satu Novel .Dua ratus lima puluh muka surat, standart untuk sebuah novel.
xxxxxxxxxSaya benar-benar puas hati dengan gabungan kami ini .Saya yakin Kisah Pemajak Mimpi ini mampu dikembangkan kerana kami telah meletak satu twist cerita yang besar di hujung cerita ini nanti !
Pertemuan ini benar-benar sangat bererti kepada saya .Kami malah minum petang yang santai di setiawangsa berhampiran Kafe cyber Skyheaven . Soal kekurangan modal wang yang hendak saya bincangkan dengan Puan Ainon langsung tercicir dari diari perkara penting saya hari itu !.
Aduhhai...lupa lagi saya !!

2 Comments:

Blogger Kalamtimur said...

Assalamualaikum wbt., Semoga dan Dreamteam Pemajak Mimpi dapat mengusahakan satu projek yang cukup dinamik. All the best.

2:05 PM  
Blogger Ariyatna Adri said...

nampaknya konferens ym disiang hari waktu pej tak dpt saya ikuti, ICT dah blok segala kegiatan ym. kalau nak ym sy kena pegi cc di waktu mlm sjlah. boleh juga tp kena berjanji waktu supaya konferens lengkap berlima. agaknya gy bhs macam mana yg sifu fikir sesuai.

5:04 PM  

Post a Comment

<< Home