My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, October 13, 2005

Dari soal Menjejak Teman.

Puan Ainon ada memuji seorang penulis di bidang Penulisan iaitu Norhayati Berahim .Puan Ainon agak memberi kredit yang besar kepada penulis ini didalam blognya . Saya teringin juga untuk tahu pandangan teman-teman MPR tentang penulis ini lalu saya mengutus surat kepada Nisah untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang Norhayati itu dan yang utamanya saya ingin tahu tentang Hassan Jaidin itu. Teman yang telah lama saya kehilangan jejaknya.

Lama dah tak berbual dengan geng-geng mpr bebenarnya, masa majlis gema merdeka kat UIA tu pun tak pat pegi sebok sangat ler...

Kak Nisah masih menulis lagi ker sekarang, dengar khabar dah jadi penerbit betul ker?, hahahahah...klisenya ayat...

Sebenarnya nak tanya sikitlah kat Kak Nisah pasal dua orang hamba allah ni, yang pertamanya si Hassan Jaidin, dulu sama menulis dengan kita di mpr 1992, terkenal dengan aliran Surealisnya tu...sekarang ni senyap jer..apa cerita ek? dan yang ke dua...pasal
Norhayati Berahim, dia ni bekas pelajar Pak Othman juga ke?, saya betul-betul tak perasan la dia ni, hopefully kalau ada sedikti info berilah tahu saya ye..bukan apa sekadar nak tahu jer...

Lately buku-buku novel floating kat kedai macam pesta pulak, hairan pulak saya, ada apa-apa yang terjadi dalam dunia penulisan yang saya tak tahu ker?, oklah sebenarnya sekarang ni saya giat menulis untuk PTS, well incomenya memang boleh tahan, tapi peraturannya straight sangat ler kak Nisah, tak macam yang kita belajar dengan arwah Pak Othman Puteh dulu, "aku" tak boleh guna, guna "saya", flash back kalau boleh dielakkan, dan macam-macam lagilah, nak kata dia orang ni tak berjaya, well track record dia orang ni back 5 years memang boleh salutelah...

www.pts.com.my adalah webpage diaorang, saya rasa Kak Nisah pun tahu sebab laman komuniti kak nisah pun ada kat sana.

Okey lah...sampai sini dululah...kalau ada peluang menulis di Ujana, bagitahulah yea, hahahaha

serius ni !.

Dan beginilah Nisah membalasnya …

Assalamualaikum, Zafran,
Alhamdulillah, saya masih lagi menulis. Info lanjut tentang tulisan saya ada dalam blog seperti di bawah. Tapi saya & suami masih belum jadi penerbit. Kami sekadar pengedar buku-buku yang kurang mendapat pasaran. Novel-novel cinta yang tengah berlambak di pasaran tu, kami mmg tak promote. Buku-buku PTS memang dalam edaran kami juga kerana kami percaya buku-buku mereka baik tetapi judulnya terlalu byk, jadi kami fokuskan kepada beberapa judul yang memang boleh mendapat sambutan tapi tak semua kedai buku jual judul tersbt.
Hassan Jaidin? Wallahu a'lam. Kali terakhir dengar dia di UM. Tapi khabarnya tak selesai degreenya. Tak tahulah. Itu pun Ade Irma yang kata. Ade Irma di majalah Wanita sekarang ni.
Norhayati Berahim MPR? Tak pernah dengar pulak. Dan tak pernah pula senior2 MPR sebut pasal ni. Kalau Salina Ibrahim tu ye lah. Dia senior kita - MPR 91. I pun baik dengan Salina.
Baguslah kalau Zafran terus menulis. Sayang sekali kalau berhenti. Tulisan-tulisan Zafran sangat baik. Kami nantikan buku-bukunya. Insya-Allah, kami akan turut edarkan. Saya juga sedang menulis untuk PTS tapi kena siapkan assignment dulu. Skrg tengah buat Master in Law kat UKM.


OK. Keep in touch. All the best in your writing.

Begitulah surat balasan dari Nisah pada ketika itu. Saya berterimakasih pada Nisah kerana informasinya itu .Informasinya membuatkan saya lebih teringin untuk menjejaki Hassan Jaidin .

Jika sekiranya Hassan Jaidin terbaca blog ini hubungilah saya. Ada banyak perkara yang ingin saya khabarkan padanya. Barangkali akan ada berita gembira untuknya nanti.

Saya masih melayari blog Nisah pada ketika itu, saat melayari lawan web itulah mata ini terpandangkan sesuatu di dalam Blog Nisah…

Nisah Pengkhianat ?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home