My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Sunday, October 23, 2005

Jawapan Dari Nisah .

Saya mendapat jawapan Nisah ketika sedang memantau kerja-kerja sendiri yang sedang sangat perlu pada perkhidmatan internet .Ah wang lagi !, saya garu kepala bila memikirkan keadaan sendiri. Namun email dari Nisah menyedarkan saya tentang sesuatu , saya merasa agak terpukul sedikit dengan keihkhlasannya namun saya akui, kerana kebenaran itu pahit, dan keadaan saya pula yang agak ‘teruk’ dari segi ‘ekonomi’, jawapannya dari Nisah itu saya anggap suatu kesedaran yang turut dihantarkan oleh tuhan untuk saya melihat kembali diri. Betapa kerdilnya saya merasa diri ini setelah membaca warkah Nisah itu.

Assalamualaikum Zafran,

"apabila sastera bagi kaum Cina bergerak sekitar tema yang bersifat etnik dengan mengaitkan hubungan dengan negeri China, sementara sastera Melayu pula menegakkan polisi nasionalis, sastera Inggeris dilihat menawarkan satu peluang untuk membebaskan diri" - itu pendapat penulis sastera Inggeris sendiri yang saya kutip. Setiap orang punya pandangan tersendiri. Mereka boleh kata apa sahaja selesai membaca mana-mana hasil tulisan. Terus terang, saya tak terasa hati sangat dengan respon Faisal pada mulanya. Itu hak dia. Kalau cara dia mentafsir itu salah, cara mana pula saya nak betulkan? Itu terpulang pada dia. Cuma saya terkilan, pertamanya apabila e-mel itu tidak dihantar terus kepada saya tetapi kepada hampir setiap orang dalam mailing list saya + yahoogroups sastera Malaysia. Kalau benar-benar jujur untuk mengkritik kenapa harus sorok2 gitu. Komen di 'Sastera Malaysia' itu terbuka, tetapi terbuka juga kepada orang yang tidak mendapat access pada Dewan Sastera. Sirkulasi DS memang limited. Susah orang nak dapatkkanya, jadi orang dengan mudah sahaja boleh menganggap bahawa si Nisah ni benar2lah pengkhianat sastera. Apatah lagi, komen itu datangnya daripada penulis tersohor bernama Faisal Tehrani.

Kedua, komen itu dibuat tanpa bertanya asal usul mengapa tulisan itu dibuat. Sebelum dia serbu editor DS, komen itu telah pun sampai ke penerima2 emel. FT benar2 percaya bahawa saya yang telah memujuk editor supaya artikel itu disiarkan sebagai fokus. Secara tak langsung dia telah pun membina anggapan bahawa saya ini penyokong penulis2 sastera Inggeris. Padahal, sebagai kawan, dia biasa menghubungi saya bertanya itu dan ini. Takkan hal seperti ini dah hilang budi bahasa.Ketiga, tulisan yang sama (cuma bahagian akhir tentang 'pengkhianatan' saya itu dibuang, atau dibuang oleh editor) telah dihantar ke majalah FOKUS SPM (Karangkraf) di mana FT ada pojok tersendiri di sana. Apa tujuan dia hantar ke sana?.Saya rasa terhina.

Bila saya pernah berjumpa beliau kemudiannya, dia menyatakan hasrat untuk bincang tentang isu ini secara bersemuka. Tapi sampai sekarang, sms pun tak sampai!Saya tak tahu apa niat dia yang sebenarnya? Tapi, saya cuma dipinta oleh editor DS supaya menolong beliau. Itu suatu assignment. Orang mintak tolong, saya tolong mana yang termampu. Kebanyakan perkara dlm artikel itu sekadar melaporkan kembali komen / pendapat penulis sastera Inggeris itu sendiri. Tak banyak pendapat peribadi saya di situ. Melainkan beberapa ayat yang agak provokatif di penghujung tulisan tersebut. Memang disengajakan, supaya penulis sastera Melayu dapat lebih berfikir letak duduk sastera Melayu tanah air. Kalau tak tahan panas, jangan duduk di dapur, kata orangkan?


Tentang Ujana Ilmu, kami belum lagi jadi penerbit, masih pengedar buku-buku terpilih sahaja. Kalau nak buat pesanan buku silakan, kami sangat memerlukan sokongan. Kalau tidak pun, panjang-panjangkanlah maklumat tentang kewujudannya kepada mereka yang berminat. Royalti berbeza dari satu publishing house kepada yang lain. Kena faham rentak mereka dahulu. Saya tak banyak lagi terbit buku, sekadar satu dua novel sahaja. Cara bayaran masing-masing tak sama. Tahniah kerana telah kembali menulis. Batch MPR kita dulu tak ramai yang menulis kecuali saya dan Maharam. Yang lain entah ke mana. Ade Irma jadi wartawan WANITA.OK, selamat menulis!

p/s : saya guna e-mail ini sekarang. E-mail lama masih valid tapi sedang beransur-ansur pindah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home