Bila Nisah di tuduh pengkhianat.
2005 tolak 1974 , hmm…31
Genaplah usia saya 31 tahun hari ini .Mesej dari Puan Nor dan Fariha mengingatkan akan usia saya yang semakin berlalu.
XXXXX“Happy Birthday dan slmt berpuasa”. Tertera di handset, mesej dari Pn Nor .Saya mengaru-garu kepala yang tidak gatal, berturut masuk pula K.P.R (Khidmat pesanan Ringkas) dari Fariha
XXXXX“Hepi birthday. Pia-n-shrl” .
Aduh . Kata-katanya pendek, tapi mengharukan.Ingatan dari sepasang hati itulah yang membawa saya menuliskan catatan pendek ini .Saya sedang melayari blok Nisah ketika itu.
Baru tiga hari berpuasa, saya telah menemukan sesuatu yang tidak enak ketika menelusuri Blog Nisah.
Nisah Pengkhianat ?
Sejarah perkenalan saya dan Nisah bermula agak jauh .Lebih sepuluh tahun sejak pertama kali berkenalan .Seingat saya Nisah seorang yang ceria namun tenang. Pertemuan pertama yang terjadi di Bengkel Minggu Penulis Remaja, menjalinkan persahabatan dikalangan kami. Dibuat di Dewan Bahasa, 7 hingga 12 Jun 1993. Saya tidak begitu akrab dengannya pada ketika itu, saya lebih banyak berbual dengan Hassan Jaidin yang kami gelar Iwan Simantupang the 2nd (pada ketika itu), kerana kecenderungan penulisan cerpennya yang bergaya surealis. Kalau tidak dengan Hassan, saya biasanya berbual dengan Shamsinor Zaman, kalau pun tidak,dengan Ahmad Ardi Harbi dan paling tidak dengan Zainal yang akhirnya saya temui ketika dikampus Shah Alam. Hari terakhirnya dikampus sewaktu hari pengraduanan
Saya ghibtah pada Nisah ketika itu .Sering tertanya-tanya bagaimana saya tidak mampu menghasilkan karya yang secantik cerpennya, Annyss Sophilea.Pada ketika itu, saya merasakan cerpen saya tewas yang tanpa sempadan. Dalam diam saya berazam,suatu hari nanti saya harus menghasilkan sesuatu yang mega. Namun sehingga ke saat blog ini ditulis, saya masih belum dapat menunaikan iltizam itu .Saya semakin kagum bila mendapati pada hari ini, cerpennya itu telah diangkat menjadi teks wajib untuk pelajar-pelajar tingkatan empat. Mungkin saudara Kalam Timur tahu tentang teks ini.
Saya angkat tangan. Ini kalah yang total .
Saya masih belum serius dalam bidang penulisan, pada ketika itu, enam tahun kemudiannya, saya berani-beranikan diri menjejak tinggalan kenangan di Dewan, saya memberatkan diri untuk hadir ke Minggu Penulis Remaja 1999, di sinilah, ketika menonton persembahan pelajar-pelajar MPR, saya sempat bertemu Faizal Tehrani.Awalnya hanya bersapa-sapa namun kerana lama sangat tidak mendengar cerita Iwan Simantupang the 2nd , saya tergerak menanyakan pada Faizal tentang Hassan Jaidin. Saya terkejut bila diberitahu sendiri oleh Faizal bahawa Hassan terbabit dengan gerakkan reformasi di kampusnya .
“Khabarnya di tahan polis, tak tahulah apa yang bakal terjadi dengan pengajiannya”.Demikian seingat saya Faizal memberitahu.
Saya terkesima. Bicara saya terkunci.
“Itulah, orang reformasi, awak pun hendak reformasi juga. Sepatutnya gunalah cara yang betul .Kita penulis. Mata pena tu tajam”. Saya hanya mendiamkan diri. Kata-kata Faizal ada juga kebenarannya. Barangkali juga kerana karya Faizal pernah diciplak dengan teruk, Faizal barangkali mempunyai sensiviti yang kuat tentang undang-undang dan bagaimana menggunakannya dengan cara yang tepat. Saya sendiri pernah membaca tulisan-tulisan Faizal yang tajam didalam majalah Tamadun. Saya lupa samaada cerpen atau pun artikel dua muka surat, namun kedua-duanya pedas. Saya kira caranya itu betul dan sesuai .
Itulah antara cebisan-cebisan peristiwa yang melintasi diari kehidupan saya satu ketika dahulu. Pada saya Faizal dan Nisah adalah dua orang sahabat yang jauh dimata, namun dekat dihati.
Namun persahabatan itu bisa sahaja diuji .Dan kerana itulah apabila Nisah dituduh sebagai pengkhianat, saya rasa tuduhan itu sangat berat . Wajar saya halusi lebih-lebih lagi apabila ianya datang dari seseorang yang tidak saya duga sama sekali.
Faizal Tehrani.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home