Dendam Dari Menara Rakim
Dendam dari Menara Raqim.
Dewi Ratna Hati adalah merupakan seorang suri yang terpencar luhur lagi anggun menawan, anak pertama kepada Paduka Lang Waroq ini adalah merupakan ,kakak yang pengasih dan lembut jiwanya pada kedua-dua adindanya yang terkasih Sri Harum Manjalara dan Putri Ambar Manjakini . Namun satu tragedi misteri telah menimpa Ratna Hati sehingga menyebabkan Ratna Hati tersiksa sakit yang aneh sehingga beberapa waktu lamanya, Ratna Hati telah terkena suatu sihir yang amat tangguh sehingga menyebabkan dirinya menjadi lumpuh seluruh tubuh dan seluruh dirinya ditumbuhi sisik dan kudis yang menjijikkan. Kulitnya yang cantiknya berubah menjadi hijau , malah wajahnya yang anggun turut menjadi korban, berubah hodoh dan meloyakan, kerana sisik dan kudis itu. Ratna Hati menanggung derita itu selama lima tahun dimana didalam waktu yang sama juga, segala imbalan kebaikkannya berubah menjadi kebencian dan penghinaan yang teramat pedih .
Jumain ,kekasih hatinya menjauhkan diri ,lalu segera pula dirampas pergi oleh adiknya Sri Harum Manjalara yang telah lama menaruh rindu dendam asmara pada kekasih kakaknya.
Kesanjungan nama baiknya pula turut musnah dengan perbuatan khianat adindanya,
Putri Ambar Manjakini, menabur cerita yang bukan- bukan. Mengandaikan Dewi di makan sumpahan kerana sihir amalan diri.
Yang masih kekal mengasihi Dewi Ratna Hati adalah ayahandanya Paduka Lang Waroq dan bondanya Ratu Pura Dirgahayu serta beberapa bawahan ayahnya seperti Dato Tangkura yang menjaga pembendaharaan ,Panglima Arahwat yang menjaga kesucian sahsiah keluarga Paduka Lang Waroq dan bonda Rehal Wahyu yang selalu membisikkan kata-kata kesabaran , ayat-ayat suci dan hadis-hadis buat meneguhkan kesabaran dan keyakinan Dewi, Segalanya ditempuhi Dewi dengan penuh redha hingga suatu saat…,
Setelah genap tempoh lima tahun diuji tuhan,suatu malam Dewi didatangi mimpi seorang pemuda tampan dan rupawan, berpakaian gaya seorang ahli perang syuhada, memperkenalkan dirinya sebagai Kilas Maut datang kepada Dewi lalu menghadiahkan dua tetakkan pedang yang luar biasa dan kemudiannya meninggalkan pesan agar berterimakasih pada Tuannya. Keesokkan harinya saat Dewi terbangkit dari tidurnya yang telah meninggi hari, Dewi meminta agar Bonda Rehal yang telah pun siap berada di hujung ranjang Dewi agar menyediakan bilik tamu, dan saat itulah Dewi baru menyedari bahawa tubuhnya telah mempunyai sedikit kekuatan untuk bangkit dengan sendiri.
Setelah bilik tamu dikemaskan, Dewi dengan berjalan yang berpapah-papah segera ke bilik tamu lalu istrirehat disana. Malam itu seorang lelaki musafir telah datang berteduh di musolla yang disediakan oleh Paduka Lang Waroq ,dimana kebetulannya di malam itu, Paduka Lang Waroq baru selesai berqiamullail bersama Dato Tangkura dan Panglima Arahwat. Disanalah seorang pemuda bernama Tinta ditemui oleh Paduka Lang Waroq. Kerana kasihan pada Tinta, Paduka Lang Waroq telah memujuk Tinta agar datang kerumahnya pada malam itu untuk menjamah sedikit hidangan, dan setelah tibanya disana, Paduka Lang Waroq terkejut kerana mendapati Dewi telah di pindahkan kebilik tamu dan Tinta yang melihat keadaan itu segera mengubatkan Dewi. Dewi diubatkan selama tiga malam dan pada malam ketiga, dengan izin dan pengawasan Lang Waroq, Tinta telah memandikan Dewi dengan air empat azimat dan setelah selesai di mandikan seluruh kudis-kudis di tubuh Dewi segera pulih dan hilang dalam kadar yang sangat pantas, malah tubuh Dewi yang gersang berubah menjadi berisi sihat malah jauh lebih cantik dan menawan dari sebelumnya. Saat Tinta membaringkan semula Dewi ke atas peraduannya Dewi telah menyebut sesuatu yang membuatkan dada Tinta berdebar, dan Tinta menjadi takut yang amat sangat
(Terimakasih Tuan Kilas Maut )
Keesokkan harinya, Tinta hilang dari Istana Rakem dan tertinggal sekeping buku catatan kembaranya. Berdasarkan catatan itu,lah Dewi yang telah pulih segera meminta Izin dari kedua orang tuanya untuk mencari Tinta .
Perjalanan Dewi mencari tinta adalah perjalanan yang penuh harap ,syukur dan sabar . Berdasarkan kepada catatan yang terdapat pada buku itu, dewi berhenti pada setiap tempat yang dicatatkan sehingga akhirnya tibalah Dewi ke tempat dimana Tinta dilahirkan .Alangkah sedih dan hairannya Dewi bila mendapati bahawa Tinta yang pernah mengubatnya itu kini menwarisi penyakitnya dan di hina oleh seluruh masyarakat di desanya, dia malah di perlakukan dengan teruk kerana hidup sebatang kara dan bersendirian.
Dewi yang pada awalnya merasa takut dan kesal dengan keadaan Tinta akhirnya mengambil keputusan untuk membantu Tinta mengubati dirinya dimasa yang sama membongkarkan misteri penyakit yang telah melandanya.
Pembongkaran satu demi satu peristiwa akhirnya membawa Tinta dan Dewi kembali ke tempat di mana segala sengketa, dendam dan sihir itu bermula, dan alangkah terkejut Tinta dan Dewi bila mendapati bahawa tempat bermula segala-galanya itu tidak lain tidak bukan adalah sebuah menara yang terletak di dalam tempat kediaman Dewi, ditempat dimana Dewi pernah di letakkan iaitu di Menara Rakim.
Siapakah dalang yang telah mengatur dan mencaturkan kejadian ini ?, apakah motif perbuatannya ?
Segalanya akan saya jawab apabila selesainya Novel ini sedikit masa lagi, insyaallah, kalau sempat saya akan meletakkan Sinopsis novel yang telah siap 75% bertajuk YANG SESUNGGUHNYA

3 Comments:
membaca dari tinta panaharjuna membuatkan diri terasa kerdil. Salam perkenalan untuk sdr zafran. Hanya pernah dengar nama dlm perjumpaan pts saya yang pertama 16 Okt lalu. Selamat Hari Raya :)
YANG SEUSUNGGUHNYA.. woww... sedap dan promising la jodol nie..
check out comments aku dl blog kau nie.. posting2 sbl nie.. dan jangan lupa usha link Vovin.. learn something drpd dia..(abg kepada penulis Roy Gempakstarz..) penulis novel Gempak.. (gempak kan tgh terbit novel..)
Selamat Hari Raya sdr panah.
Post a Comment
<< Home