Nyala rasa yang membakar semangat .
xxxxxxxxxx[Icesoul] Esok sapa-sapa lagi yang p ?, aku nak sketch xxxxxxxxxxkole kacang malam ni. Semangat naik dengar buku nak xxxxxxxxxxkeluar .
Saya tersenyum cuma cuma sebelum terlena kembali diatas meja penulisan. pendingin udara yang bertiup segar dan sejuk tambah mendinginkan semangat saya. Lagi pula esok saya harus menghadiri kursus di PTS . Semangat saya pada saat dan ketika ini agak dingin sehinggalah handfone saya yang sudah tinggal satu 'palang nyawa', berbunyi .Suara Umbut kedengaran di hujung handfone saya
xxxxx"Besok ada kursus apa panah ?". terdengar suara yang begitu asing pada saya.
xxxxx"Sapa ni ?".Tanya saya, dalam keadaan yang masih terpisat-pisat .
xxxxx"Ni akulah, Umbut" .Barulah ingatan saya berlari kepada satu mesej yang saya hantar pada saudara Umbut sebelum ini. Menanyai dirinya akan kesenggangan waktu pada esok hari.
xxxxx"Oh umbut, ni esok ada kursus penulisan, kat Pts depan giant tu".
xxxxx"Aku tak tau apa-apa pun". Barangkali Umbut menjangkakan satu jemputan yang formal seperti panggilan telefon ataupun surat, barangkali.
xxxxx"Aku dapat invitation pun kat dalam e-mail".
xxxxx"Aku tak pat apa-apa pun ?".Soal jemputan lagi, barangkali Umbut merasakan tidak manis jika majlis yang seperti itu tidak menerima pelawan yang sewajarnya.
xxxxx"Tak apalah, kau datang ajelah besok, kita buat pagi" .Saya memberanikan diri menjadi wakil PTS yang tidak formal. Ini kerana saya merasakan jemputan dari PTS itu ada di war-warkan didalam laman web PTS. Makanya soal jemputan itu sudah jadi sesuatu yang umum dan lumrah .
xxxxx"Sapa-sapa lagi yang datang ?"
xxxxx"Nurie, Icesoul, emm..ramailah.Datang ajelah besok" .Barangkali peristiwa lalu masih menghantui Umbut, lalu sebagai karyawan yang dewasa dari pengajaran silam, dia mengambil sikap yang siaga.
xxxxx"Emm..,oklah, tengoklah esok macamana"
xxxxx"Oklah".Saya hanya menuruti sahaja kerenah kawan saya yang seorang itu.
xxxxx"Ok" .Dan talian pun terputus, saya segera memasangkan hp saya ke pengecasnya dan duduk menghadapi komputer semula. menaip sedikit ngomongan lagi di blog ini .Seawalnya, saya tidak begitu ambil peduli sangat tentang surat-surat komen yang berada pada setiap pos yang saya lampirkan disini. Ini kerana saya pernah memeriksa komen yang sebelum ini, lalu mendapati bahawa komen yang dinyatakan itu hanya sekadar merupakan seperti satu kata-kata aluan dari tuan punya 'blogger' ini yang barangkali mengalu-alukan pengguna-pengguna baru seperti saya atas maksud dan tujuan yang tertentu. Namun apabila saya mendapati ada suatu pos yang saya kirim sebelum ini, menerima empat komen, saya mulai tergerak untuk melihat semula apa yang ada didalam kotak-kotak komen itu. Dan salah satunya yang saya temui adalah surat dari Perkasa Alam, awalnya saya menyangkakan bahawa perkasa Alam adalah sahabat faizal yang bernama Shenufan yang pada ketika ini masih di negeri Arab itu. Ini terjadi kerana saya membaca pantas sepintas lalu, namun setelah membaca semula sekitar dua jam selepasnya, barulah saya mendapati bahawa Perkasa Alam barangkali teman pergh yang mengguna nama pakai Sting Rayz, seorang guru dari terengganu .
xxxxxxxxxxSetelah bacaan semula itu, saya mendapati bahawa gaya Perkasa Alam menulis blognya hampir sama dengan gaya saya menulis di sini .Penulisan dengan gaya bahasa yang standart. Barangkali kerana saudara Perkasa Alam merupakan seorang guru, maka gaya penulisannya agak berat kepada gaya bahasa standart yang mantap.
xxxxxxxxxxSehingga saat ngomelan ini ditulis, saya masih belum mempunyai rezeki untuk berbual dan bertemu empat mata dengan saudara Perkasa Alam. Belum ada rezeki. Namun tetap didalam hati saya, saya seperti merasa mempunyai keterikatan, didalam suratnya, Saudara Perkasa Alam ada meminta saya meletakkan sinopsis untuk kerja-kerja 40 lukisan hati yang saya usahakan dengan saudara faizal, dan saya berusaha untuk mengeluarkannya dari Tumb drive, namun kerana di kafe siber ini tidak di masukkan program word apatah lagi open office, maka keinginan itu barangkali tertunda untuk beberapa hari yang mendatang.
xxxxxxxxxxSaya kemudiannya meluangkan masa ke blog beliau untuk melihat hasil kerjanya dan saya mendapati, bahawa kerja penulisan Novelnya yang pernah beliau war-warkan di laman komuniti pergh telah dijalankan dengan konsistansi yang mantap.Kisah perkasa Alam yang ditulisnya telah mulai mempunyai bentuk seperti penulisan hikayat. Suatu teknik yang saya kira agak berani untuk diketengahkan.
xxxxxxxxxxpenulisannya dengan gaya klasik melayu itulah yang membakar nyala rasa saya untuk menyambung dan menyudahkan kisah Paduka Gelang Geni dan menulis apa yang terdaya untuk Novel bakal mendatang saya dengan PTS, Dendam Dari Menara Rakim . Atas permintaan beliau maka saya akan meletakkan sedikit pos dari salah satu kisah yang telah saya tulis itu disini . Saya akan memetik beberapa helaian dari bab yang telah saya tulis.
Paduka Gelang Geni.
SRI ARIANINGSIH MERACUN PENDITA IBU WINGIT
xxxxx"Ibu…" Pagi yang mendebarkan bagi Sri Arianingsih sedang Ibu Wingit masih lagi tenang-tenang dihujung senyumannya. Jilitan Amanah di tangan Ibu Wingit segera ditutup .Sri Arianingsih meletakkan hidangan pagi dihadapan Ibu Wingit .
xxxxx"Kemari Sri…".Panggilan yang hanya ringan dibibir Ibu Wingit dan permaisuri Pekaca Hati. Sri Arianingsihpatuh kesisi Ibu Wingit . Dan sebaik sahaja Sri Arianingsih berada di sisi Ibu Wingit, rambutnya yang lurus bersih berkilat itu segera dibelai Ibu Wingit.
xxxxx"Ibu Wingit, apakah yang bermain difikiran ?"
xxxxx"Alangkah manisnya kalau Ma'e dan Rao memberikan aku peluang untuk menatap wajah tampan suamimu…"Sri Arianingsih hanya tersenyum kelat, sedang hatinya sakit yang maha dengan kata-kata itu. Kata-kata yang akhirnya bakal terarah ke suatu maksud. Penolakkan keatas pilihan hatinya.
xxxxx"Manis..,racun apakah yang telah kau hidangkan buatku kali ini ?". Sri Arianingsih hanya menguntum senyum. Ungkapan seperti itu sudah tidak membuatkannya takut lagi.
xxxxx"Kau meracunku sejak dari kelahiranmu lagi…"Tanpa dipinta Ibu Wingit bercerita tenang.
xxxxx"Kau dan kakekmu, Jah Turnila". Hidangan Sri Arianingsih diteguknya perlahan.Sesekali Ibu Wingit terbatuk-batuk.
xxxxx"Kau,mendiang kakek dan ibumu…,kehadiran kalian membautkan aku jauh dari mihrab peribadatanku. Suara kalian yang selalu mencuri masuk ke kamar ibadatku, terkadang membuat aku menyumpah seranah hidupku". Ibu wingit mengusap-usap jilitan amanah yang berada ditangannya. Matanya yang terpejam sepertinya sedang memikirkan perjalananan hidupnya yang sudah-sudah.
xxxxx"Membuatkan aku terkadang-kadang merasa teruji dengan kebenaran jilitan-jilitan langit !"
xxxxx"Jilitan-jilitan langit ?,apakah masih ada jilitan-jilitan langit selain dari jilitan Amanah ?". Kali pertama Sri Arianingsih mendengar kata-kata itu dari Ibu Wingit, sang puteri benar-benar merasa terkejut.
xxxxx"Jilitan Kebenaran, jilitan Penyampaian dan Jilitan Kebijaksanaan. Didalamnya ada di ceritakan tentang kehadiran Paduka Jaksa Pendamai Langit. Dan waktu kelahirannya samgat terhampir dengan waktu kelahiranmu. Malah kalau mengikut tarikh catatan persuratan pertama Negara, waktu selisih kau dan dia hanyalah kurang setengah hari dua aliran pasang laut Khairawan"
xxxxx"Kurang setengah hari dua aliran pasang ?, wah..begitu hampir".Sri Arianingsih mula merasakan seperti adanya pertalian kasih yang jauh.
SEMBILAN KELAHIRAN ,LIMA PRIA DAN EMPAT GADIS
xxxxx"Dan dihari bertuah itu Cuma ada sembilan kelahiran, lima pria dan empat gadis dan diantara lima pria itulah, dua darinya orang kebanyakkan dan tiga darinya berdarah bangsawan.Salah seorangnya adalah Paduka Jaksa Pendamai Langit".
xxxxx"Bagaimana pula dengan empat gadis yang ibu sebutkan tadi ?".Sri Arianingsih semakin tidak sabar.Ibu wingit hanya membalas pertanyaan itu dengan senyuman.
xxxxx"Wah, belum apa-apa lagi kau sudah merasakan persaingan yang getir.Untuk apa kau kenali lawanmu itu, mahu kau apakan mereka sayang ?". Sri Arianingsih tertunduk malu. Ibu Wingit segera mengulas lembut dagu Sri Arianingsih. Perlahan, dagu gadis manis itu ditatang menghadap ke wajahnya.
xxxxx"Jaksa Pendamai Langit hanya akan memilih wanita yang memenuhi dua syarat utamanya"
xxxxx"Apakah syarat-syaratnya itu ibu?"
SYARAT JAKSA PENDAMAI LANGIT
xxxxx"Pertama, tangan yang tidak pernah padanya terlumurnya darah…"
xxxxx"Dan yang kedua ?" .Sri Arianingsih dipalu rasa ingin tahu yang amat sangat. Ibu Wingit menarik nafas berat. Seraut wajah Sri Arianingsih ditatapnya lembut
xxxxx"Aku bimbang kau tidak akan dapat memenuhi syarat ini".Bening dimata Ibu Wingit sudah dapat ditangkap akan kemana terarahnya jawapan itu. Sri Arianingsih tidak mahu bertanya lagi. Segera cawan-cawan minuman itu dikemaskannya. Ibu Wingit pantas memegang tangan Sri Arianingsih.
xxxxx"Sri…"
xxxxx"Ibu…"
xxxxx"Aku melihat jodohmu dan Maya Arjuna di dalam pestaka Mihrabku semalam.." Jiwa Sri Arianingsih bergoncang kuat .Ramalan Ibu Wingit bukan ramalan sebarangan. Sudah tujuh mimpi besar yang ditafsirkannya tepat untuk negeri Limpahan Suria.
xxxxx"Apa Bu…".Suara Sri Arianingsih bergetar tertahan.
xxxxx"Tinggalkan MayaArjuna, Sri .Kau hanya akan menempuh kepedihan sekiranya hubungan itu kau teruskan". Sri Arianingsih mulai mengalirkan air mata kedukaan. Cawan di tangan Arianingsih luruh bersama air matanya yang mulai berjuraian. Kenyataan yang sama sekali tidak dapat diterima oleh Sri Arianingsih. Sri Arianingsih segera mengundur dari Ibu Wingit dan saat itulah Ibu Wingit merasakan yang dia akan semakin jauh dari Sri Arianingsih.
xxxxx"Sri…."Ibu Wingit menyeru agar Sri Arianingsih mendengar penjelasannya. Suaranya Lirih. Dalam masa yang sama Ibu Wingit merasakan bahawa jantungnya seperti dicarik pisau dan kaca silih berganti. Sakit yang jelas menunjukkan dirinya di racun. Percikkan darah melimpahi bibir tua Ibu Wingit lantas membuatkannya tersungkur lemah dihadapan Sri Arianingsih. Segera mata tua Ibu Wingit mencari penjelasan diwajah Sri Arianingsih.
xxxxx"Tergamak kau Sri…"
xxxxx"Ibu terlalu megnhalang hubungaku dan Maya, sedang seluruh jagat pemerintahan mengetahui perasaanku yang jelas terhadapnya !"
xxxxx"Maya tidak akan menyunting kau Sri. Jauh sekali menjadikan kau perhiasan disinggahsananya. Didalam fikirnya, didalam Azamnya, hanya ingin memiliki lantera kekuatan Limpahan Suria. Ini !".Ibu Wingit mengacungkan Jilitan Amanah. Namun kerana beratnya bisa yang yang menjalar hingga ke hulu hati, menyebabkan Jilitan yang dipegangnya itu terlontar jauh dari tangannya.
xxxxx"Bukan hatimu, bukan cintamu yang diburunya !".Hati Sri Arianingsih retak beribu mendengar kata-kata Ibu Wingit, kerana cinta yang mendalam pada MayaArjuna, Sri Arianingsih akhirnya tega untuk menafsir kebimbangan Ibu Wingit sebagai bibit-bibit pembohongan diwajah tenang Ibu Wingit. Fikir dan hatinya seluruh tenaga dikerah untuk menafikan kata-kata Ibu Wingit. Sebelum nafas terakhir Ibu Wingit, sepatah katanya untuk Sri Arianignsih.
xxxxx"Awaslah…".Dan sempena tersambutnya belangsungkawa Ibu Wingit, segera Sri Arianignsih mencapai Jilitan Amanah yang telah pun berada dikakinya.
SRI ARIANINGSIH DI BOHONGI MAYAARJUNA, DIKHIANATI ANJASMARA
Lewat senja itu juga, bersama dua pengawal kepercayaan Sri Arianingsih, Bayu Rinduan diterbangkan pantas menuju ke Istana Maya Arjuna. Namun belumpun ladam kuda Sri Arianingsih menjejak tiba di taman larangan Maya Arjuna, haruman Mutiara Jebat terhidu semerbak di sekitar taman. Haruman diraja yang Cuma terpakai hak oleh Ratu Anjasmara. Getar celaka dihati Sri Arianingsih semakin menjadi-jadi. Berturutan kemudiannya, terjelas pula dicuping telinganya suara tawa dua merpati sejoli saling bertingkah dari peraduan MayaArjuna. Disaat itu jugalah jiwanya terbakar api kecurangan yang maha lalu menerbitkan pula air mata kesetiaan yang selama ini terpagar kukuh dengan kepercayaan yang bukan calangan. Jilitan Amanah dipeluknya erat. Hati Sri Arianingsih merintih teramat, Ma'e dan Rao …,benarkah begini malang takdir cintaku ?.
Dalam kemelut fikir yang kecamuk, lasykar Maya Arjuna dan soldadu-soldadu Ratu Anjasmara dari segenap pelusuk tiba-tiaba menyerbu kearah Sri Arianingsih, dalam segala hiruk pikuk yang tiba-tiba, masih sempat kedengaran arahan Maya Arjuna.
xxxxx"Dengan cara apa sekalipun, rebutkan beta jilitan Amanah itu !". Lolos dari kepungan soldadu-soldadu MayaArjuna, Bayu Rinduan kencang menerbangkan diri dan bersama kencangnya angin yang menerpa kearah Sri Arianingsih, keyakinan Sang Puteri terhadap makhluk bernama lelaki, turut terhapus luput diterbangkan pawana senja.
Kebenaran, sahih berpihak didalam pertimbangan dan dugaan Ibu Wingit , Sri Arianingsih mulai menyesali diri. Dimahkam Ibu Wingit, Sri Arianingsih menumpahkan segala derita batinnya disitu.
PERKABUNGAN SRI ARIANIGSIH DAN MELANGGAR PEDANG TUNGGAL
Jenazah Ibu Wingit disempurnakan lewat hari berikutnya. Kesal Sedih dan terhukum silih bertamu kedasar perasaannya. Tujuh pekan dihabisi dengan berkabung. Mencari kekuatan, mendalami kesilapan sedang diwaktu yang sama, lasykar lasykar MayaArjuna mulai merancang penaklukan keatas Limpahan Suria. MayaArjuna menyangka, saat itu adalah saat yang sebaiknya untuk merempuh Limpahan Suria kerana tunggak yang memayung dan memagar Limpahan Suria berada di titik yang paling lemah. Namun ternyata Maya Arjuna menanda hari mautnya sendiri kerana Lantera Limpahan Suria yang di bina oleh Paduka JaDirga masih bertaring yang tajam. Perajurit Sanjarkuda hanya menunggu masa sangkakala perang di tiupkan.
Sri Arianngsih masih berkabung yang sedih pada beberapa hari sebelum menemui Panglima Razakel, salah seorang dari orang kepercayaan Ayahandanya, Wali Jagar dan Tok Pedang Tanggura masih tenang-tenang di anjung balai istana, hanya beberapa kali menghayun Pedang Sanjarkuda, seolah-olahnya soal gadis yang masih dibadai derita cinta itu lebih besar dari persoalan menghadapi gerombolan Tentera Pedang Tunggal.
Akhirnya, dihujung khilaf suluknya puteri Sri Arianingsih bagaikan tertunjuk hatinya mendalami jilitan Amanah. Perlahan Jilitan Langit itu dikajinya. Lembar demi lembar, kisah demi kisah, ayat demi ayat. Sehingga ke akhirnya. Digagahi dirinya mengulangi lagi. Tanpa mengenal batasan jemu, tanpa menghiraukan bujukkan walah. Hingga ke suatu saat Ma'e dan Rao memberinya ilham dan kekuatan. Dititpnya perancangan itu kepada Panglima Razakel dan panglima Razakel yang mandraguna itu dengan segala kebijaksanaan perang dan kehebatan seni bermain parangnya telah menjuruskan tentera-tentera Pedang Layuran untuk menakuti dan mengegarkan benteng pertahanan Tentera Pedang Tunggal. Saat tentera Limpahan Suria menyerbu garang melewati sempadan negeri, Tentera Pedang Tunggal yang tidak menyangka akan kegarangan Tentera Limpahan Suria nyatalah dengan mudah digagahi dan ditawan .
Sebaik sahaja Tentera Pedang Tunggal tunduk menyerah, Lasykar Limpahan Suria segera mengatur siasah dan melanggar bumi Pedang Tunggal dengan semahu-mahunya. Istana MayaArjuna dibakar Razakel. Dan MayaArjuna di tertunduk naif, sujud menagih nyawa dikaki Sri Arianingsih.
xxxxx"Adinda Sri…". Pantas belakang tangan Sri Arianingsih bertamu ke pipi Maya Arjuna. MayaArjuna terhumban lemah.
xxxxx"Jangan berdinda-dinda denganku Maya, kau dan kendakmu itu akan kuhukum dengan setimpal-timpal hukuman !"
xxxxx"Aku merayu belasmu Sri, apalah dayaku lagi yang telah hilang segala-galanya !". MayaArjuna perlahan memegang kaki Sri Arianingsih. Sri Arianingsih membalas dengan satu tendangan padu kewajah lelaki yang satu ketika dahulu pernah dibelai manja. Laku yang bukan miliknya seorang puteri.
xxxxx"Apa yang terjadi keatasmu itu adalah sewajar-wajar balasan keatas kelancanganmu, hadapilah akibatnya sebagai seorang lelaki !".Segera Sri Arianingsih mengisyaratkan pada panglima-panglima pedang layurannya agar mencampakkan MayaArjuna kedasar kawah siksaan .
MEMENJARAKAN MAYAARJUNA
xxxxx"Sriiiiiiiiiii…".Jeritan MayaArjuna yang berulang-ulang dicambuk, bagaikan penawar yang menghujungi derita batin Sri Arianingsih. Memberinya semacam kepuasan yang pribadi .Razakel yang melihat kekerasan hati Sri Arianingsih itu perlahan-lahan mengelengkan kepala.
xxxxx"Kenapa paman ?, adakah salah lakuku kepada orang yang hampir memusnahkan kerajaan ini ?". Sri Arianingsih yang menyedari perbuatan Razakel itu segera bercekak pinggang dihadapannya. Razakel mengangkat pandangan lalu membalas pandangan tajam Sri Arianingsih itu.
xxxxx"Ajaran Pedusi Wingit jangan sekali-kali kau lupakan ,Jah Tur Sirka !"
xxxxx"Kerana ajarannya itulah ,aku kini wanita keras yang tidak akan tunduk pada mana-mana lelaki ,Paman !". Sri Arianingsih masih tegas dengan pendiriannya. Barangkali Sri Arianingsih tidak menyedari bahawa lelaki yang berada dihadapannya itu adalah lelaki yang lebih separuh abad bersama dengan bapanya.
xxxxx"Lalu dengan cara apa akan kau membalas budi baik Pedusi Wingit itu ?Meracun MayaArjuna pula ?". Sri Arianingsih tersentak. Begitu tajam sekali kata-kata pamannya itu.
xxxxx"Jangan sekali-sekali kau lupa Tur Sirka, dua syarat utama Paduka Jaksa Pendamai langit !". Dan bersama kata-kata itulah, Sri Arianingsih berlari menuruni tangga ke penjara dimana MayaArjuna dipenjarakan.
xxxxx"Pertanda !"
xxxxx"Tuanku !"
xxxxx"Ingat !, hanya tiga cambukkan setiap pekan !"
xxxxx"Hamba patuh, tuanku puteri !" .Dan Sri Arianingsih bergerak semula ke kamarnya untuk beristrirehat.
PERTEMUAN SRI ARIANINGSIH DAN RATU ANJASMARA
xxxxxLewat sepurnama berikutnya, balai penghadapan menerima Tamu yang tidak diundang hadirnya. Tanpa hormat, tanpa sebarang gusar diwajah, Anjasmara melangkah tenang ke tengah ruang balai.
xxxxx"Akhirnya kau datang menyerah padaku !". Senyum kemenangan terjelma di bibir Sri Arianingsih.
xxxxx"Jangan sombong Sri, Jilitan Kebenaran, Jilitan Penyampaian dan Jilitan Kebijaksanaan ada ditanganku. Dan dunia seluruhnya maklum, kuasa kita kini adalah seimbang!"
xxxxx"Justeru ?"
xxxxx"Berhenti bercita-cita untuk melanggar Urusilusi, yang menang akan menjadi arang dan yang kalah akan menjadi abu !,percayalah !". Ketegasan bicara Anjasamara memperlihatkan kesungguhan didalam kata-katanya.
xxxxx"Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak kau duga Anjas !".Sri Arianingsih tega menunjukkan pada Anjasmara dengan menggunakan parang Sanjarkuda membuatkan pandangan Anjasamara segera tertumpu pada parang Sanjarkuda milik Sri Arianingsih.
xxxxx"Kail yang panjang sejengkal itu sememangnya tak mampu untuk menduga lautan yang dalam Sri, tapi jangan kau lupa, kail yang panjang sejengkal itu, mampu menyampaikan bahagian belakang yang tidak tercapai !". Jawapan bijak Anjasmara membuatkan Sri Arianingsih terasa seperti diolok-olokkan.
xxxxx"Tahukah kau Anjas, nyawamu bisa sahaja ku tamatkan riwayatnya disini, saat dan ketika ini ?!". Senyum tenang Anjasmara kembali mengugat kesabaran Sri Arianingsih
RATU ANJASMARA ADALAH SALAH SEORANG DARI SEMBILAN HAWAREYAS.
xxxxx"Nyatalah, kau masih kurang berkeyakinan dengan jilitan-jilitan langit, Sri !, walaupun aku tidak berkesempatan menatap walau sebaris ayat didalam Jilitan Amanah yang berada ditanganmu itu, aku Ratu Anjasmara percaya penuh dengan fasal-fasal yang ada didalamnya. Jawapan pada kegagalan MayaArjuna mendapatkan Jilitan Amanah sebenarnya ada diceritakan dalam fasal ketujuhbelas Jilitan Amanah !".Minda Sri Arianingsih segera mengingatkan apakah yang terkandung didalam fasal ketujuhbelas Jilitan Amanah, kini dia mahu melihat sendiri, benarkah Ratu Anjasmara yang tersohor sebagai salah seorang dari sembilan Hawareen itu mengetahui apakah yang terkandung didalam fasal ketujuhbelas.
xxxxx"Jilitan-jilitan langit tidak akan bersatu dibawah tangan pendosa yang besar !".Mendengar kata-kata Anjasmara itu, wajah Sri Arianingsih segera terserbu darah ,bayangan Pedusi Wingit yang terkorban kerana angkara dari tangannya sendiri membuatkan Sri Arianingsih mengetap bibir yang geram !
xxxxx"Aku tidak pernah melakukan dosa besar ,Anjas. Hati-hati dengan bahasamu!"
xxxxx"Itulah dosamu yang terbesar Sri !, pendosa yang mengaku dirinya seorang maksum, walhalnya, saat mataku tersua Jilitan Amanah yang ada ditanganmu itu, telah tercium olehku, dosa yang terlekat padanya !".Dada Sri Arianingsih berdebar yang menggunung, menunggu butir bicara yang bakal terlontar dari mulut Anjasmara sepertinya menunggu penghukuman maut dari seorang pertanda.
xxxxx"Khianat seorang murid !".Jawapan Anjasmara membuat gelora darah Sri Arianingsih membadai tinggi hingga ke puncaknya.
xxxxx"Jaga bicaramu Anjas !". Panglima-panglima terkanan Sri Arianingsih segera menghunus senjata. Namun ketenangan dan senyuman simpul masih bermain di bibir Anjasmara, menerbitkan keraguan yang tiba-tiba pula pada Sri Anjasmara. Seolah-olahnya Anjasmara telah bersedia dengan semuanya ini. Pantas fikiran Sri Arianingsih mencari punca.
xxxxx"Berhenti !". Pedang Layuran nyaris menjamah leher mulus Anjasmara...
(ditamatkan disini)...
Untuk kisah Dendam Dari Menara Rakim, saya akan meletakkan Sinopsisnya disini, esok.insyaallah.

2 Comments:
Assalamualaikum wbt sdr Panah, semoga semangat yang membara terus menyala. Saya pun sangat ining belajar dari sdr dalam bidang penulisan novel. Barangkali semangat yang membara seperti sdr itulah yang mendorong saya menulis skrip Perkasa Alam. Masih banyak yang perlu dipelajari terutamanya dalam gaya bahasa. Ternyata saya tidak pernah berkesempatan menulis, gaya bahasa saya tidaklah standard mana pun. Insya Allah, jika ada kesempatan dan keiizanan Allah, kita akan berjumpa empat mata.
huiyooo aku perkasaalam ke... wahahahaa kira bahasa aku x standard la ek.. cehh panah..
wess fahrin ahmad tue betol la mcm muka kau tp bila tgk gambo ko berbuka baru nie kat pergh... mcm tak fahrin pulak..
Post a Comment
<< Home