My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Saturday, October 08, 2005

Bagaimana Saya boleh ikut terlibat..

Antara Nisah dan Faizal, bagaimana saya boleh berada diantara keduanya?

Saya mulai aktif menulis pada penghujung tahun 2004, dan mulai menjadi serius pada awal tahun 2005,saya berjanji kepada diri bahawa saya akan hidup dan mati didalam bidang penulisan ini. Ini bukan pilihan kedua lagi .Ini adalah pilihan yang satu .Saya tidak boleh berpaling lagi memandangkan usia saya juga sudah agak masak untuk merencanakan langkah yang seberani ini.

Lalu saya memilih PTS, setelah beberapa kali menghadiri kursus PTS dan bertemu empat mata dengan pemunya syarikat PTS itu, saya bertambah yakin bahawa kali ini pilihan saya adalah tepat .Di sini yang pentingnya saya menghasilkan prodak dengan ilmu yang diberi oleh PTS itu sendiri .Yang pentingnya , menulis.

“Awak tahu, penulis Nisah Haji Harun juga ada datang sewaktu kita buat pelancaran pada hari itu tahu !”.Beritahu Puan Ainon kepada saya sewaktu saya menghadiri kursus penulisan beliau yang entah untuk kali yang ke berapa. .Saya terpegun mendengar informasi Puan Ainon lalu dengan segera, ingatan saya kembali kepada surat pelawaan menghadiri rapat MPR di suatu tempat di ibu kota. Saya yakin surat itu dari Nisah dan masih ada didalam emel saya. Setelah selesainya kursus penulisan pada kali itu, saya segera mencari Kafe siber untuk melayari dan mencari web site Nisah. Kerana saya membuat pencarian di kafe yang berbayar, dan kerja-kerja lain juga perlu dibereskan, pencarian itu tertangguh.

Saya hampir terlupa tentang Nisah sehinggalah pada suatu hari ketika sedang menyemak jadual kurus di PTS saya terlihat adanya beberapa pautan baru lawan web dan blog di lawan web PTS.Antaranya Laman Web Ujana Ilmu yang saya rasakan menarik perhatian saya sebagai seorang penulis .Sungguh tidak saya ketahui bahawa Web Ujana Ilmu itu adalah di miliki oleh Nisah .

Saya sudah mulai berfikir untuk memasarkan bakat yang ada pada saya .Ini kerana saya juga mampu menulis skrip selain dari menulis novel dan buku.Terdorong dengan sekian banyak laman web teman-teman penulis yang lain saya memberani hati untuk membuat laman web sendiri. Masa untuk menutup kitab dan menamatkan kaji telah tiba.Beberapa hari yang berikutnya saya nekad untuk membuat sebuah laman web untuk diri saya sendiri. Diatas nasihat seorang teman bernama Izam yang saya kenali di laman komuniti Pergh, saya mulai membuat lawan web saya dengan menggunakan webserver percuma di internet .Menyusun segala data dan latar belakang diri di laman web itu. Ketika meletakkan pautan-pautan yang saya rasakan wajib itulah, saya terfikir untuk meletakkan pautan keatas laman Ujana Ilmu. Laman Web yang telah berjaya menawan hati saya itu.

XXXXX"Aku nak pakai apa ni Zam ?"
XXXXX"Pakai la apa-apa pun, situ kan ada choice, hang pilih la"

Dan saya menelueuri satu persatu, sehingga terjumpa perkataan itu...Scriptmania...

XXXXX"Ha !,scriptmania ni cantik zam"
XXXXX"Ok, hang select tu !" . Lalu dengan nasihat izam jadilah www.panaharjuna.scriptmania.com . Laman web penulisan saya yagn telah di upgrade untuk kali ketiganya.

Selang beberapa hari berturut saya mendapat e-mel dari Nisah yang mengatakan bahawa dia merasa bebesar hati kerana saya meletakkan pautan didalam laman web saya. Saya juga turut berbesar hati dengan Nisah juga memberi alamat blognya kepada saya.

Dan disanalah segalanya bermula.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home