My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Saturday, October 01, 2005

Progress Payment

Hari Khamis yang semalam, saya terfikirkan sesuatu ketika memicit-micit papan kekunci pada labtop yang setia berkhidmat.Kalau dengan Puan Nor sahaja sudah dapat memberikan progress payment untuk cerita SAHABAT KOLE KACANG dan cerita 40 LUKISAN HATI, barangkali bagaimanakah dengan nasib Novel pertama saya yang telah saya hantar ke PTS Fortuna sebelum ini, saya masih ingat Puan Nor mengatakan bahawa PTS Fortuna adalah dibawah seliaan Puan Ainon sendiri, lalu setelah memikir-mikir yang wajar, saya menghantar mesej kepada Puan Ainon

xxxxxxxxxx[Panah] Puan, cerita yang saya pada Puan tu telah ada xxxxxxxxxxtajuk finalizednya?
xxxxxxxxxx[Pn Ainon] Belum, ada apa-apa cadangan ?

Saya terdiam sejenak, pada awalnya saya ingin menanyakan tentang bayaran progress payment untuk cerita itu, namun lain pula jadinya. Namun saya terfikir semula barangkali ada baiknya juga kalau saya meletakkan tajuk yang saya fikirkan sesuai untuk Novel itu.

xxxxxxxxxx[Panah] Semakin pahitnya perjuangan, semakin xxxxxxxxxxmanislah kejayaan .

xxxxxxxxxxSaya menyarankan.

Sunyi.

Untuk beberapa ketika saya merasakan bahawa tajuk itu ditolak sehinggalah beberapa saat berikutnya saya mendapat jawapan balasan dari Puan Ainon

xxxxxxxxx[Pn Ainon] hidup Zafran !

Saya lega dimasa yang sama berbesar hati.

xxxxxxxxx[Panah] Err..bolehkah tajuk tu Puan ?
xxxxxxxxx[Pn Ainon] Nanti kita tanya bahagian marketing xxxxxxxxxmacamana.

Sampailah untuk maksud sebenar,

xxxxxxxxx[Panah] Hmm..,oklah Puan, err...cerita tu tak ada xxxxxxxxxadvance payment ker ?,progress payment ker ?
xxxxxxxxx[Pn Ainon] Nanti saya uruskan.

Saya menghela nafas lega, janji Puan Ainon adalah janji yang boleh saya pegang.Berturut saya mendapat satu mesej lagi dari beliau.

xxxxxxxxx[Pn Ainon] Saya akan sediakan cek untuk Saudara pada xxxxxxxxxhari sabtu ni

Syukur Alhamdulillah !!! hah lega saya !

xxxxxxxxx[Panah] Cantek !, sabtu ni kan ?
xxxxxxxxx[Pn Ainon] Ialah .Nak sabtu yang lagi satu ke?, boleh xxxxxxxxxjuga .
xxxxxxxxx[Panah] Opp! Opp!Opp!Opp! Stop !!, saya dah tekan xxxxxxxxxloceng sabtu ni hehehehehe...

Saya pasti Puan Ainon mengetawakan saya ketika itu , saya juga terhibur dengan "ugutan" olok-oloknya itu, terasa saya ini seperti budak baik yang di denda oleh kakaknya kerana lambat menyiapkan kerja rumah. hahahahah....

Lagu Ajai dan Nurul berkumandang menimbulkan suasana tenang dan santai pada saya .Walaupun tajuknya "Keliru" namun di PTS, saya yakin saya tidak keliru lagi .

1 Comments:

Blogger myownmind said...

macam tabesh je tajuk novel kau tue.. panjang dan too classical... mcm zaman 80s.. ada berlambak novel bertajuk dan berkonsep BAHAGIA SESUDAH DERITA..

aku? ada la nulis2.. kejap lagi.. ahaha..

9:06 PM  

Post a Comment

<< Home