Disiplin dalam berkarya
Seharusnya cerita sahabat kole kacang saya hantar semalam. Paling lewat pukul 12.00, namun ternyata saya hanya mampu memberi sekitar lapan puluh muka surat ketika jam telah menjejak ke pukul 12.00. Sedang saya terbaring kewalahan. Penat memperkudakan minda lalu menatap cerita di Astro HBO lalu akhirnya ditawan kantuk yang maha.Pagi ini selepas subuh kerja yang berbaki terasa mudah diurusi dan akhirnya menjelang pukul 1.13 sebelum menunai solat zohor, kerja itu selesai di lunaskan, terasa satu bebanan kerja terangkat. Bolehlah kiranya menonton kisah rubi sebelum ke internet menghantar kerja .Saya santai sendiri, menenangkan minda sebelum sekejap lagi masuk ke internet dan mengakhiri kembali "masa santai saya".Dan, seperti yang diduga satu tugas email ringkas bersekali dengan contoh kerja yang failnama yang di tandakan 'syikin' dihantar ke email saya. Saya meletup dan meregangkan jemari saya dan membuat keputusan untuk terus saja memuat turun kerja tersebut kedalm Tumbdrive , di rumah sahaja akan saya baca e-mail beserta kerja 'syikin' yang dibuat bersempena hari guru itu . Pintanya kisah yang lucu, saya harus mengasingkan kisah lucu yang semata-mata lucu atau lucu yang di gula-gulakan. Lucu yang double meaning, istilahnya. Ini kerana pembaca kisah-kisah lucu ini adalah pendidik dan yang didik .Jadi pendapat saya harus lucu yang mendidik atau semata-mata lucu .Plain and simple.Hari ini di kafe penuh sesak dengan anak-anak gadis menghantar resume untuk mencari kerja. Barangkali lepasan SPM atau juga barangkali lepasan IPT, siapa tahu. Jarak usia mereka terlalu jauh dari saya.
"Eh aku darjah satu tahun berapa ?".Tanya seorang teman gadis ini kepada gadis yang lain.
"Tahun 94".Jawab temannya. Aduh mudanya !, saya habis menduduki SPM sahaja lewat tahun 91, betapa tuanya saya telah merasakan perjalanan hidup ini. Dan masih pada saat dan ketika ini di tangga sifar peningkatan.
Bila mengingati ini semua, saya gusar sendiri, tahun ini harus mencacah seribu satu kejayaan, tidak ada toleh belakang, tidak ada ragu-ragu lagi .Penulisan ini telah sah menjadi perahu untuk ku berpaut rezeki. Insyaallah.
Barangkali hari ini hanya ngomelan yang ringkas ini.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home