My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Friday, September 23, 2005

Bila Penat Lelah Berbayar

xxxxxxxxxxMenjadi penulis dalam alaf terkini bukan satu kerja mudah. Anda ada bakat ?, ya barangkali bakat anda luar biasa, boleh menulis berapa bentuk karya .Novel ?, Cerpen ?, Sajak ? ,Skrip ?, atau sekadar nukilan untuk suka-suka, untuk masa libur dikala sengang. Bagaimana hasilnya ?, diterima oleh khalayak, atau sekadar syok sendiri ?, mendidik atau sekadar menghibur, genrenya pula, berapa genre yang boleh ditulis ?, romantisis?, islamis , surealis atau sekadar pojok yang barangkali telah jatuh tarafnya kepada picis. Buang sahaja kedalam tong sampah .

Saya bertanya-tanya soalan ini kerana hari ini baru sahaja menerima baki bayaran untuk dua episod skrip BTP ( Biro TV Pendidikkan) yang di sub kepada saya, saat terimanya di waktu yang sangat diperlukan . Berapa ?. Pada saya bolehlah , kalau diikutkan sudah merima pembayaran untuk 7 episod, satu episod dibayar lima puluh .Tiga ratus setengah, tetapi tiga kali bayaran .

xxxHahahaha...

xxxxxxxxxxSaya tertawa sendiri, untuk terus menulis sesekali terpaksa buat kerja-kerja penulisan yang agak ciput imbalaannya, cuma yang alhamdulillah, masih lagi penulisan saya didalam kategori halal. Apa adakah penulisan yang kategorinya haram ?, sudah pasti ada, bayarannya juga lebih lebat lebih pantas, saya pernah berfikir-fikir untuk terjun kedalam dunia penulisan "itu", namun kerana memikirkan sebahagian besar ilmu yang saya perolehi adalah hasil tunjuk ajar arwah Pak Othman Puteh, hasrat itu dibuang begitu saja, walaupun hitam putihnya telah banyak kali saya tulis didalam komputer.
xxxxxxxxxxAh, terseksa pulak arwah Pak Othman dengan kerja-kerja tak bermoral aku ni !

Saya akhirnya menyimpulkan, delete saja kerja-kerja ini !,habis perkara .

Akhirnya , benarlah kata-kata Saidina Ali r.a,

Sesungguhnya kemiskinan itu membuatkan manusia hampir pada kekufuran .

dan kerana itulah Saidina Ali juga pernah berkata,

xxxxxxxxxxJikalau kemiskinan itu seorang lelaki , nescaya aku bunuh ia !.

Harus sesiapa yang tidak memahami maksud kata-kata Saidina Ali itu akan mengatakan bahawa apa yang saya tulis ini satu pembohongan .Fahamilah kata-kata Saidina Ali itu dengan jelas, jikalau kemiskinan itu mempunyai bentuk/jasad seorang lelaki , ya barangkali kalau dikatakan begitu ,akan lebih di fahami dengan jelas keinginan Saidina Ali itu .

xxxxxxxxxxAh, terlanjur jauh pula menghuraikan erti kemiskinan pada seorang lelaki marhain lagi kecil pada saya. Barangkali nanti selepas terjualnya dengan banyaknya buku-buku saya, soal kemiskinan itu akan hilang dari fikiran saya ?, begitukah ?, saya berharap saya tidak melupakan kesukaran ini, kerana sepanjang masa saya berada didalam masa yang sukar ini, ketidak upayan benar-benar mengajar saya erti ketabahan yang sebenar. Perit dan Jerih mengajar otak saya berfikir dan mengajar ego supaya tunduk dan merendah diri. Begitulah mahalnya harga dan ertinya kemiskinan pada saya .

Miskinkah saya ?,

xxxxxxxxxxEntahlah, barangkali perkataan yang sesuai adalah sukar, saya tidak miskin cuma dibelenggu sedikit ujian .Hmm.., begini lebih wajar, lalu siapakah yang miskin itu ?, yang miskin itu yang tidak berumah, yang miskin itu kais pagi dan kais petang, yang miskin itu masih harus tidur di gobok buruk saat angin semilir yang sekejam dan sedingin malam mengigit tulang dan daging .Banyak lagi orang lebih "sukar" hidupnya dari saya, lalu benarlah kata orang-orang tua kita lagi, apabila merasa kita merasa diri sengsara, maka lihatlah mereka yang dibawah kita.

xxxBuku ko kuar dlm tgh bln dpn. Pn nor soh p sain agrement apatah esok. Kalo ko pegi, tepon aku dr pts k ?


xxxxxxxxxxBegitulah mesej yang tertera di skrin hp saya
.Mesej dari Icesoul ,membakar kembali semangat saya .Esok dapatlah saya lihat hasil kerja saya yang dilukis oleh Faizal alias Icesoul itu.

xxxxxxxxxx40 Lukisan Rindu...., bagaimanakah hasilnya ?

2 Comments:

Blogger wsmith8 said...

Google's 'Remove Results' Reviewed
Matt Cutts discusses on his blog a recent user-interface experiment on Google that adds the ability to remove results.
I was searching through blogs and came across yours! What a very good job!

Our website is into Stock Pick but also Stock Pick amoung other related stuff.

We invite you to check our site out sometime. Keep up the blogging, we'll be back!

11:06 PM  
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Nih apa nih! Sistem tanda bacaan banyak tak betul!

7:59 AM  

Post a Comment

<< Home