My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, September 15, 2005

Jawapan yang tertangguh

Hari ini adalah hari yang harus meletihkan saya, jam di cc ini sudah pun menunjukkan 11.13PM, malam telah terlalu tua buat saya,dan saya harus pulang kerumah, mengintai-intai job yang tertinggal di dalam pestaka keramat yang dihuni kuasa Pentium2, lalu menaip sedikit sebanyak `hutang-hutang' penulisan yang telah dijanjikan dengan kak Nor, Invictus, Kak Wan, dan entah sapa-sapa lagi . Itu belum lagi dengan janji belum sedia tertunai Icesoul yang telah menunggu cerita saya untuk melukis. Dunia saya mulai berwarna warni yang maha, hari ini sahaja saya baru selesai melunasi episod terakhir BTP , projek tv pendidikkan untuk Abang Long, duitnya pantas, kerjanya harus pantas juga.Membalas e-mail Pn Nor dan memberikan profil penulisan saya dimasa yang sama memuat turun lukisan invictus untuk projek seterusnya. Apa lagi ?, oh yea, memberikan pandangan pribadi pada soalan Waverider itu .
Saya mengambil semula sebahagian petikkan kata-katanya untuk bermula,

satu lg.. inspirasi.. kalau kita da start cerita pasal diri kita.. kawan kita.. even la diubah nama pun... org terdekat dengan diri kita sooner or later akan find out- mcm sedara mara ujang marahkan dia bukak aib keluarga dalam AKU BUDAK MINANG.. cth..so the pain.. penderitaan pu adalah inspirasi jugak...

Dan inilah jawapan saya

Ya aku bersetuju dengan pendapat bahawa kisah sedih dan aib kdang-kdang merupakan cerita yang menarik .Ia lebih jujur dalam menceritakan siapa kita yang sebenarnya, dan inilah satu-satu bahagian yang sangat menarik untuk diceritakan kepada manusia.pendapat aku begini, aku rasa kalau tujuan kau supaya sesiapa yang membaca tu dapat keinsafan dan kesedaran keatas apa yang berlaku pada kau go head, mungkin ada ramai yang akan membenci ko lepas tu tetapi lepas tu mereka sedikit demi sedikit akan faham bahawa cerita tu sebenarnya akan mengajar mereka bahawa kebenaran itu pahit dan pahit itu ubat.cara yang kedua, kau boleh bercerita tentang benda tu, tetapi kau kena bijak memilih perspektif agar pembaca boleh memikirkan sendiri erti dan kata-kata kau tu, bersembunyi dan berteka teki disebalik perspektif itu , cth

" Aku geram betul tengok bini orang tu, dia punya lenggok dan dia punya bodi ,hey aku rasa cam nak melancap jer..."

boleh ditulis...

"Astagfirullah, setan apa yang dah merasuk fikiran aku ni?,kan dia tu bini orang, aku sedar bahawa aku telah terlihat bentuk tubuhnya, tetapi ini bukan kehendakku, nafsuku yang serakah cuba menunggang aku !"

Dah lain implikasinya kepada pembaca. Maksud aku adalah pada setiap perkataan itu sebenarnya mampu memberikan sudut pandangan yang berbeza.. pada orang yang berbeza.

Ada yang melihat "Memukul" sebagai "mengajar", "mendera" sebagai "mendidik", "melarikan diri" sebagai "perjuangan","bersembunyi" sbg "mengatur strategi","berhubungan" sebagai "kerja dah siap", "merempat" sebagai "belum dapat kerja", "kekal" sbg "mati", "tampar" sbg "belaian sex" dan macam-macam lagilah...tergantung bagaimana saudara menceritakan kisah itu dan didalam genre apa saudara berada.Demikianlah pendapat kecil dan kerdilku. B)

Dan demikianlah rasanya, saya akan mengakiri diari perjalanan diri ini hari ini, jam menunjukkan pukul 11.30

1 Comments:

Blogger Kalamtimur said...

Salamz sdr panah. Blog perjalananan sdr akan saya jadikan inspirasi untuk menulis. Semoga dapat terus menulis dan menulis.

10:20 AM  

Post a Comment

<< Home