My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, September 13, 2005

Mengejar Job yang berbayar.

Malas pula rasanya hendak menghantar pos disini, namun tugas menulis seharusnya begini, menentang keletihan minda dengan jalan berterusan menulis, Lobai masih kehulu kehilir menolong user yang baru. Bukan masalah saya, bukan kerja saya, kerja saya disini menghantar dua kerja .Satu untuk Invictus, satu untuk Puan Nor. Kalau nanti Puan Nor telah memberikan kata putus, job itu akan dihantar pada Icesoul pula. Saya memikir-mikir yang hendak menjimatkan masa, ah hantar teruslah pada Icesoul. Habis cerita, suruh dia menunggu-nunggu berita baik itu .Ya ,beginilah yang seharusnya.

Telah berapa lama saya menulis ?. Barangkali sekitar sepuluh tahun. Adakah ianya satu jangkamasa yang panjang, barangkali. Barangkali kerana itu saya kurang sabar hendak mencapai kejayaan , sepuluh tahun harus satu dekad yang menguji buat saya. Lalu bila peluang yang baik dan halal muncul didepan mata haruskah saya menolaknya ?

Persoalan rezeki sebenarnya harus di sertakan dengan satu syarat lagi, selain halal, soalan syubahatnya harus ditinjau. Yang ini rumit, dalam dunia yang tidak lagi kontras yang nyata hitam dan putihnya, menghalusi syubahat harus lebih dalam lagi .

Mengapa saya menulis yang begini, kerana hari ini saya merasakan bahawa saya barangkali telah melukakan hati seorang kawan ketika berbual di IM sebentar tadi . Teman ini pada saya lebih dari seorang teman, malah saya merasakan dengan kehadirannya saya telah mendapat banyak kemasukkan rezeki (asbab) didalam bidang penulisan yang saya sukai ini. Lalu saya memikir sendiri, jika terjadi singgungan pada orang yang saya usahakan bersama kerja-kerja saya ini, alangkah terganggunya hati. Bila hati terganggu dan bila bayaran dibuat, walaupun kerja itu selesai diusahakan, didalam hati seperti akan berkata sesuatu yang tidak enak.

Syariatnya sempurna, tetapi tarekatnya terganggu. Jalan halus yang mengubah manusia.

Kerana usikkan-usikkan yang kasar saya barangkali telah menyinggungnyasaya merasakan sepanjang-panjang usikkan itu dia agak 'keras' sedikit, tidak seperti selalunya, terguriskah hatinya.Siapa tahu ?

Im tidak mampu untuk menghantar message yang tepat keminda saya. Lalu saya menyimpulkan sendiri, sebagai orang baru disyarikatnya barangkali dia dihambat tugasan yang menguji dan untuk melayan teman-teman ketika itu terasa seperti suatu gangguan.

Barangkali.

Memikirkan ini, saya tiba-tiba teringatkan suatu bab yang saya tulis didalam 'novel tertunda' Yang Sesungguhnya. Ah bila pula dapat saya bertemu En Adi itu. Alangkah suntuk waktu-waktu saya kini....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home