PESTA BUKU DATANG LAGI
Kali ini tanggalnya bermula semenjak Jumaat 27 April sehingga Ahad 6 May. Sepuluh hari yang mewar-warkan buku di Pusat Dagangan Dunia Putra ke mata dunia. 183 syarikat terlibat, 160 dari Malaysia dan 23 syarikat lagi dari negara luar. U.K, USA, AUTRALIA, MESIR, GERMAN, HONG KONG, BRUNEI, THAILAND, INDIA, FILIFINA, INDONESIA, VIETNAM dan SINGAPURA adalah antara negara-negara yang telah menjamin kehadiran mereka. Masa operasi yang dibenarkan adalah dari 10 pagi hingga 9 malam. Khabarnya akan ada seminar-seminar berlangsung sempena pesta buku ini. Mungkin akan ada syarikat buku yang akan menganjurkan sessi mencari penulis atau memperkenalkan penulis, atau mungkin juga ada syarikat buku yang akan membuat kursus-kursus penulisan sempena kehadiran sekian banyak orang pada ketika itu, ya, segalanya mungkin. Tidak tahu jalan hendak kesana?, anda dari mana?. Ah susah-susah sangat saya bentangkan saja pelan toponya di sini.
2 Comments:
Peta topo? mana contournye? aku nak tau tinggi tempat tu supaya boleh rangka perjalanan paling menjimatkan minyak..hehehe
hehehe...aku malas nak lukis garidan grid tu la..kau imagine je la..hehheheh
Post a Comment
<< Home