Janji didalam sebuah sidang

XXXXX "Tanyakan pada Saudara Ujang berkenaan hakcipta karyanya itu, adakah dia yang memegangnya?" Seorang 'penerima talian hayat' menghantar soalan itu kepada saya. Awalnya saya merasa terganggu dengan pertanyaan itu, lalu saya tanyakan buat kali kedua melalui sms apakah pertanyaan itu perlu?,Setelah menyakinkan saya akan perlunya soalan itu ditanyakan, saya menanyakan soalan itu seusai pertanyaan dari pihak press,
XXXXX "Adakah saudara Ujang mendapat full copywrite untuk karya Jibam ini?", dan tiba-tiba suasana rancak dan teruja bertukar menjadi sayu. Seolah-olahnya pertanyaan itu seperti suatu jawapan yang menyejat suasana gembira itu.
XXXXX "Siapa nak jawab ni?, saya ke atau pihak penerbit?," tanya Ujang.
XXXXX" "Terserah"saya menjawab ringkas, lalu bersaksikan para wartawan yang hadir, persoalan itu dijawab oleh wakil penerbit dengan mengatakan bahawa hakcipta untuk filem akan dipegang oleh pihak penerbit manakala hak cipta buku akan di pegang oleh saudara Ujang. Pihak penerbit malah tahu mengenai Convention Berne.* (Wah!, ini sudah sangat bagus! )
XXXXXXXXXX Sejujurnya, Saya merasa sedikit kecewa mendengar jawapan itu, ternyata pihak penerbit belum terdidik sepenuhnya dengan pengertian 'hakcipta' itu, namun dari tiada langsung, saya fikir baiklah jika Ujang mendapat juga bahagiannya. Saya berharap peristiwa sedih Ujang tidak akan berulang lagi.

3 Comments:
Jgn salah faham hubungan
"kartunis Ujang"-Majalah Ujang
dan
"kartunis Ujang"-Creative @ Gila²
Ujang menulis novel Jibam sewaktu bekerja di bawah CESB sebagai seorang 'pekerja' dan dibayar gaji bulanan. Secara automatik, semua karya beliau adalah hak milik CESB melainkan terdapat keputusan lain. (seperti yang tertulis dalam perjanjian) Alasan yang sama kenapa hanfon nokia x payah bayar royalti kat designer diorang. But still, atas budi bicara CESB, kami masih membayar royalti Ujang bagi semua karyanya yang terjual. Malah Filem jibam pun ada % untuk Ujang.
http://jibam.cesb.net.my/2007/03/06/selamat-datang-kepada-ujang/
video lagi asli dari teks
itulah dianya.
hakcipta yang boleh benar buat seorang pengkarya itu menangis
Aku nampak tiga ketampanan di gambar tu. Yang paling tampan dah tentulah Ujang dengan janggut pemanisnya. Kedua benda hijau yang terkangkang kat tepi Ujang tu. Baaapak Kole Kacang tu pulak camne boleh enter frame? Siap tunjuk ibu jari macam pembungkus kacang cap tangan tu pulaknya. Dato..Datooo.. ketampananmu hanya di tempat ketiga Dato. Dato kena posing macam orang tengah berdiri tangan kat perut baru kena Dato. Aka ka ka ka.
Post a Comment
<< Home