BERMULANYA BAHANG KERJA-KERJA YANG SERIUS
Saya masih di sisi pagi. Masih di kedai minum kegemaran saya, Restoran Melati, Tampin. Orang Tampin saya fikir semuanya kenal kedai ini. Salah seorang tauke kedai ini yang bernama Haji Zamri, sudah memiliki dua buah buku Sahabat Kole kacang, terimakasih kerana memiliki buku ini.
Sebenarnya pagi itu saya senang sekali. Saya optimis bahawa buku ini bisa sahaja terjual ke sekolah lama saya jika buku ini dapat saya jual kepada salah seorang guru di Sekolah itu. Letih menghadap kerja-kerja di Studio Sahabat Kole Kacang membakar semangat saya lalu nyalarasa itu pun berkobar-kobar. Saya membelek-belek buku Sahabat Kole Kacang di tangan saya,dengan rasa gembira dan optimis bahawa buku itu bakal dapat saya berikan kepada guru bahasa atau guru perpustakaan sekolah kesayangan saya itu.
Sehinggalah saya mendapat satu message dari seorang guru bernama Zulcafly. Seorang guru yang tajam mata hati dan fikirnya.
"Assalamualaikum, tengah kesan untuk dan bagi, aku comfius dan keliru Ajai dan nurul ni, Bab 10 ms 204, shafie ke sazali yang di tangkap pihak polis ekoran kejadian barang2 kemas?"
Saya berdebar membaca sms Guru ini, segera saya membuka ke ms 204.
"Allahuakbar!!" saya menepuk dahi. Baru semalam saya menjual buku ini kepada seorang kakak yang datang mengaji dirumah dengan ibu. Oleh kerana Kak Kiah ini memang sudah mempunyai buku sahabat kole kacang yang pertama, maka padanya, buku yang kedua itu memang wajar sahaja di miliki. Kerana akrab dengan ibu maka dari tangan ibulah buku itu terjual.
"Saya nak bagi Fatiah (anaknya) baca, selepas itu saya nak soal Fatiah mengenai buku ni" Beritahu Kak Kiah sebaik sahaja bertukar tangan.
Ah!, besar sungguh tanggungjawab sosial seorang penulis rupanya. Terima Kasih Cikgu Zulcafly kerana menyedarkan saya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home