Keazaman yang tertunda-tunda
Sewajarnya saya berhenti saja kerja mencatat di Blog ini. Masa yang terbuang begitu banyak. Namun soal komitmen seringkali mengingatkan saya bahawa menulis di Blog bukan kerja main-main. Bagi mereka yang faham, menulis di Blog sebenarnya menulis berita diri. Ini kerja serius. Hendak-hendak pula awal tahun jatuh sekali dengan tarikh hari raya korban. Namun bila kebiadapan puak kufar ditunjukkan dengan jalan kuasa ke atas bekas seorang lelaki Islam pada saat dimana umat Islam sedang merayakan perayaan hari korban, nyali saya untuk bekerja benar-benar jadi luntur. Saya jadi hairan sendiri, bagaimana seorang lelaki yang hanya tersaudara kepada saya diatas nama kalimah mampu memberikan perasaan sayu yang amat pada ketika itu. Semangat untuk menulis 'lomba' juga jadi terhakis. Menulis blog apatah lagi. Jadi sudahnya, menulis yang harus sekian hari awalnya hanya dapat bermula pada detik ini.
XXXXX"Tak menulis blog?" tanya Hanzalah. Saya diam.
XXXXX"Hai, tak merasalah aku baca buku kau tahun ni" usik Mat Lajak pula. Dalam usik-usik mereka, ada fikir yang di berikannya kepada saya. Mereka berdua ini sangat arif bahawa kalau saya sibuk-sibuk dengan urusan menulis blog, ertinya saya ada sesuatu yang hendak di kejar atau di usahakan, pada adatnya, mereka itu sedar bahawa saya sedang mengusahakan buku.
XXXXX"Esok lusa aku tulis, insya-allah," saya memberikan janji. Ah!, janji lagi, janji yang dahulu masih belum tertunai, masih harus pula memberikan janji baru.

1 Comments:
"Esok aku tulis! Insya-Allah!" Dengan bersemangatnya aku mengambil bantal lalu, zzzzz...
Post a Comment
<< Home