MENJANA IDEA DAN KERJA DI STUDIO SKK
Kerana mata tajam Cikgu Zulcafly itu, saya memutuskan untuk ke Studio Sahabat Kole Kacang bertemu Faisal membincangkan masalah ini. Di masa yang sama, kami memulakan kerja-kerja untuk sahabat kole kacang 3 sambil turut berbincang berkenaan hal-hal teknikal yang lain.
Ternyata sangat banyak urusan yang hendak di perbaiki. Saya seorang penulis, jadi istilah-istilah teknikal dunia pengkarya komik dan artist ni banyak yang saya tidak tahu.
"Bleednya besar sangat, kalau standard komik kurang dari satu inci, Zafran" beritahu Faisal sambil membuang nafas yang kecewa.
"Standard macamana?"
"kurang dari satu incilah" Faisal mengambil pembaris lalu meletakkan pada gambar-gambar kole kacang itu.
"Apa kesannya kalau buat macam ni?"
"Masyaallah, membazir la namanya kalau aku buat besar-besar tapi lepas tu kau compress sampai jadi shrink gambar tu"
"Gambar tu pecah ke?"
"Gambar tak detail la jadinya, tulisan kecik macam anak semut" Faisal menerangkan. saya mengangguk-angukkan kepala kerana mulai nampak apa maksud Faisal ini. Faisal mengeluarkan buku Sahabat Kole Kacang 1 dan Sahabat Kole Kacang 2-Jiwa Pendekar lalu menunjukkan kepada saya. Kini makin jelas maksud yang di katakan oleh Faisal.
4 Comments:
Bro, sorilah sbb x dpt balas sms ko. Maklumlah, aku pun miskin juga, sama macam ko. So aku balas kat sini je la.
Buku aku dah kuar dua. Satu jibunsyi Alunan Hidup. Terbit Disember. Satu lagi teenlit, Dia Istimewa. Terbit bulan January. Kiranya terbit dua bulan berturut-turutlah. Tapi aku tak tau sama ada buku2 ni dh ada kat kedai atau belum. Sebab sejak aku pindah umah ni, aku jarang masuk kedai buku.So kalau ko masuk kedai buku, ko tolong check la. Pastu bg tau aku. Buku Dia Istimewa tu, ideanya dari cerita Gayah Oh Gayah yang aku kasi ko baca dulu tu. Cuma aku ubah jalan cerita dan tambahkan plotnya. Tambah banyak lagi watak dan dialog. Jauh lebih baik dari Gayah Oh Gayah tu. Ko kata nak pinjam watak Sudin, jadi ker? Kalau ko nak, ambiklah. Aku x kisah pun.
kerja kuat nampaknya bro...
Asalamualaikum! SKK 3, bilakah akan terbit?
Huh! Dasyatlah studio korang. Be the best geng!
Post a Comment
<< Home