Dari Perjalanan Tinta Hati, Blog pertama yang gagal.
What's a blog?A blog is a personal diary. A daily pulpit. A collaborative space. A political soapbox. A breaking-news outlet. A collection of links. Your own private thoughts. Memos to the world.Your blog is whatever you want it to be. There are millions of them, in all shapes and sizes, and there are no real rules.In simple terms, a blog is a web site, where you write stuff on an ongoing basis. New stuff shows up at the top, so your visitors can read what's new. Then they comment on it or link to it or email you. Or not.Since Blogger was launched, almost five years ago, blogs have reshaped the web, impacted politics, shaken up journalism, and enabled millions of people to have a voice and connect with others.And we're pretty sure the whole deal is just getting started.
Katanya...
Lalu kenapa saya disini pada detik dan ketika ini. Sms dari Alifstyle ke handphone saya.
Try kat blogspot.com. Weh betul ke semalam kau nampak lukisan aku?, kat mana?
.Message dari Alif itu, saya biarkan sejenak tanpa jawapan. Yang ini harus lebih utama. Mengadakan satu blog ertinya membuka diri kepada dunia. Menceritakan siapakan kita dan mengapa berkeperluan untuk memberi masa mencatat sebuah perjalanan hidup. Apakah kebaikkannya, apakah keburukkan, bagaimana harus bercerita?, yakin dan berani atau sekadar menyatakan kemahuan diri yang selama ini tersorok dibawah tempurung .Juga natijahnya. Haruskah berlaku jujur dalam mencatatkan perjalanan itu atau cukup hanya sekadar mencatatkan yang muluk-muluk tentang diri sendiri.Pada saya soal kejujuran itu sendiri sudah suatu perkara yang besar. Baru sebentar tadi seorang teman penulis yang mengguna pakai nama wave rider di laman komuniti http://www.pergh.com/ menyatakan kebimbangan yang sama dengan apa yang berada difikiran saya. Suatu yang lumrah bermain di fikiran hampir semua penulis biarpun terkadang-kadang saya biarkan dahulu kerana tidak mahu mengganggu proses kreativiti.
satu lg.. inspirasi.. kalau kita da start cerita pasal diri kita.. kawan kita.. even la diubah nama pun... org terdekat dengan diri kita sooner or later akan find out- mcm sedara mara ujang marahkan dia bukak aib keluarga dalam AKU BUDAK MINANG.. cth..so the pain.. penderitaan tu adalah inspirasi jugak...Panah? Ruby? care to clue?
Saya masih belum mempunyai jawapan untuk kawan ini. Sejujurnya saya tidak tahu pun adakah benar Ujang (saudara Ibrahim Anon) dimarahi oleh keluarganya, namun saya memang pernah membaca komiknya yang bertajuk Aku budak minang itu. Memang mengharukan dan saya merasa bahawa kejujurannya memang ada didalam cerita itu .Kejujuran adalah sesuatu yang mahal dan amat berharga dewasa ini .Barangkali kerana perkara inilah saya mengambil keputusan untuk menjadi penulis yang bercerita perkara yang cereka kepada pembaca saya. Sesuatu yang sahih tidak benar .Tetapi saya kini menulis di Blog .Saya bukan menulis untuk mana-mana penerbitan. Blog ini umpamanya menulis sesuatu tentang diri sendiri .Lalu untuk blog saya mengambil keputusan untuk menulis sebijak yang mungkin, menceritakan sesuatu yang berkenaan diri, tetapi tidak terlalu berani sehingga aib sendiri diceritakan.Ya inilah pegangan saya. Allah subhanawataala juga tidak suka kita menceritakan keburukkan diri, kalau ketahuan, ya itu sudah nasib. Berpada-pada, bersederhana, namun masih memikat.
Aku nampak kat atas meja Kak Nor kat pts1 semalam, kau lukis atas jubin putihkan?.Nice...
agaknya barangkali beginilah saya akan membalas mesej Alif .
0 Comments:
Post a Comment
<< Home