My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Saturday, April 14, 2007

Kehilangan Yin - Qias dari Allah

Mohammad Nazrin Shamsul Ghazali hari ini adalah agenda negara. Hari ini sudah 14 April, ertinya sudah 15 hari anak yang masih tidak mengerti apa-apa itu hilang. Seluruh wilayah seakan terjaga dengan berita tragis itu.

Saya melihat wajah hambar Nor Amizah Ahmad, ibu Yin di kaca tv beberapa hari yang sudah. Sangat merasa terhukum di atas kehilangan anak itu. Pucat dan bingung. Ibu saya turut merasa terharu malah segera pula bersikap siaga, adik saya yang juga punya dua anak yang masih kecil di hubungi.

Seorang ibu yang hilang seorang anak sebenarnya hilang segala upaya diri. Teman-teman yang mengerti dan kasihan akan segera pula mendekati ibu malang ini lalu menawarkan bantuan untuk meringan beban yang di tanggungnya...
XXXXX"Ibu jangan bimbang, saya akan memasakkan makanan untuk ibu" tawaran bantuan yang begitu pasti akan ada hamba tuhan yang baik hati akan berbuat.
XXXXX"Ibu jangan bimbang, saya akan membasuh pakaian-pakaian untuk ibu" Begitu juga dengan tawaran bantuan yang begini.
XXXXX"Ibu jangan bimbang, saya akan mengemaskan rumah untuk ibu" dan berbagai bantuan lain diberi untuk meringan derita yang berkalang dihati ibu ini.
XXXXXXXXXX Namun, tiada yang lebih mengembirakan dari hati ibu ini apabila seorang hamba datang kepada ibu yang sedih ini lalu berkata,
XXXXX"Ibu jangan bimbang, saya akan membawa pulang anak ibu!," dan esoknya anak yang hilang itu berada di hadapan rumah dalam keadaan yang masih sihat dan seperti sediakala.


XXXXXXXXXxxxOrang-orang tua kita dan para ulama mengatakan bahawa umat Islam pada hari ini adalah qiasnya anak yang hilang itu.

Hilang dari perintah,hilang dari titah Allah Khaliq dan Maliq.

Maka tiada yang lebih memgembirakan Allah s.w.t bila ada dikalangan umat Islam membawa kembali sebilangan umat Islam yang jauh dari perintah agama hampir kembali kepada perintah-perintahNya.

Begitu gembiranya seorang ibu yang menerima kembali anaknya yang hilang, Allah malah lebihlah lagi.

Saya berdoa dan bersangka baik bahawa anak itu akan pulang juga ke sisi ibunya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home