PERTEMUAN SEMUSIM PERJUANGAN
Saya tidak menyangka bahawa pembicaraan 3 karya milik Ida Munira (Misi Piramid), Justeru Impian di Jaring (Zaid Akhtar) dan Ladang hati Mustika (Ummu Hani Abu Hassan) berkesudahan dengan perhimpunan semula Alumni Minggu Penulis Remaja.
Sebetulnya, majlis ini sudah berlalu hampir sebulan yang lalu (dianjurkan pada 18 ogos 2007), namun kerana email seorang kawan yang saya terima semalam, hari ini saya tergerak untuk menulisnya di sini. Warkah dari seorang teman yang juga merupakan bekas Penulis Minggu Penulis Remaja.
XXXXX"Aku dah tak menulis ataupun terlibat dalam bidang penulisan lagi, melainkan untuk syok sendiri.... Sedih, kan?" adunya pada saya. Saya terkesima. Untuk soalan yang itu saya tidak ada jawapannya. Namun pada mereka yang memang pernah merasakan "seronok"nya menghasilkan secarik pengalaman minda dan kemudian berkongsi pengalaman dan karya itu dengan sebilangan minda pembaca yang lainnya, Meninggalkan dunia yang satu itu kerana 'tugas dan tanggungjawab' memang sesuatu yang memedihkan. Ya, itu memang satu berita sedih.
XXXXX Saya membelek-belek antologi 9!, hasil yang sama sekali tidak ada sangkut paut dengan DBP. Hati saya teruntun sedih melihat generasi MPR yang belakangan waktu, semenjak pemergian Prof Othman Puteh dan kehilangan anaknya Hizairi, terkadang-kadang merasa seperti sabut yang dipukul ribut di tengah laut. Saya merasa begitu. Mujurnya sabut bersifat tumpat yang rendah, masih gagah menimbulkan diri walaupun sesekali tenggelam digulung ribut dan tergegas ke sana dan ke sini namun, masih setianya membawa ke permukaan perairan. Segalanya kerana kerja keras dan prihatin urusetia MPR yang saban waktu bergantian wajah namun sinambungan nyalarasa, semangat setia kawan dan saling mengerti yang terwaris pada leluhurnya nyatalah tetap utuh seperti saat di mana saya masih baru baru hendak bertatih dalam dunia penulisan ini. Serumpun terimakasih dan tahniah dari saya, penulis mapan yang kadang kala terlupa (kerana tua, barangkali, ha ha ha ha) adab majlis dan diri.
Terimakasih daun keladi, kalau boleh jemputlah lagi ( muka tak malu!, ha ha ha ha...).
3 Comments:
secebis kisah ttg penulis yg kehilangan taring barangkali....???bagaimana mahu memupuk semangat kental-waja di kalangan penulis perintis???
p/s: ko mmg da tue & muke x malu ekekekekeke
~aku lew~
hahahaha...
harap ko bersemangat selalu..
semangat! semangat!
...*wink*...
~aku lew~
Post a Comment
<< Home