My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, July 24, 2007

JEMPUTAN

Saya sekadar memanjangkan jemputan ini.

Dipersilakan hadir untuk memeriahkan Program Apresiasi Novelis ( PAsiNo ) : Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid ( RAM ).
Info lanjut seperti berikut :
Tarikh : 28 Julai 2007 ( Sabtu )
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur
Anjuran : Kelab Peminat Novel Alaf21, Alaf Dua Puluh Satu Sdn.Bhd & Seketeriat Penulis Blog, PENA
Kehadiran adalah percuma dan sangat dialu-alukan. Setiap hadirin akan menerima cenderamata tajaan Alaf21. Kudapan pagi & makan tengahari disediakan. Jemputan juga boleh dipanjangkan kepada teman-teman dan kenalan lain.
Info lanjut, hubungi Sdra. Zaiful @ AttOkz 012-2488664.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home