BUKAN MAKSUM
Kerana sudah terlalu lama laman ini tidak saya kemaskini, maka ada yang bertanya, adakah perjalanan saya sudah tiba ke destinasi?.
Jawapannya, belum.
Malah masih jauh. Cumanya.., hari demi hari bila saya melihat, membaca dan menganalisa keadaan sekeliling dan situasi, saya perlahan-lahan dan berdikit-dikit menyedari bahawa saya, telah mulai tersasar dari landasan diri dan perjuangan yang sebenarnya. Sesuatu yang saya temui di hujung tafakur yang belum sudah.
Dunia menipu daya dan kadang kala kita jadi turut teraruh, jadi turut terikut untuk menjadi manusia serba rumit.
Menulis seperti juga berkata-kata, kadangkala menakutkan. Apa yang ditulis, belum tentu terbukti benar, hanya hipotesis yang disuguhkan kepada umum melalui pemerhatian terhadap sesuatu yang kita dakwa telah kita ungguli bidangnya, namun yang maha yang mengungguli, sesungguhnya hanyalah Allah.
Tidakkah itu bahagian dari sifatnya munafik? ~ saya menanyakan diri.
Allahlah yang lebih tahu.
Inilah yang menganggu saya lewat beberapa waktu kebelakangan ini. Peneguran membuatkan manusia jadi bertambah emosi. Ego yang mengibarkan 'saya benar' akan mendadak menjadi api penolakkan yang menakutkan. Cukuplah.
Ok, kamu benar dengan segala hujah kamu.
Saya mulai takut untuk terlibat dalam diskusi yang kadang kala dihujungnya jadi medan memukul pribadi orang lain.
Saya juga manusia biasa. Bukan nabi, bukan rasul, bukan maksum dewa dewi.
Ya, saya juga ada berbuat khilaf, di sana sini. Kadang kala terbuai emosi. Saya akui.
Allahyarham Prof Othman Puteh pernah memberi amaran kepada saya dan barisan penulis muda ( sekitar tahun 1992~jadi masih mudalah kiranya kami pada waktu itu), bahawa jika kami para penulis di bawah asuhannya cuba-cuba hendak menulis picisan beliau tidak akan mengakui kami sebagai muridnya.
Kini, setelah kematangan mengikuti usia dan jatuh bangun pengalaman hidup, saya mulai sedar bahawa menulis picisan yang dimaksudkan oleh allahyarham itu adalah merupakan satu bahagian kecil dari pertanggung jawaban seorang penulis dalam menghadapi krisis yang berada di sekitarnya. Masih banyak lagi tanggung jawab moral yang perlu dihalusi.
Tanggung jawab moral itu juga bererti melatih diri melakukan koreksi setiap hari. Muhasabah pertama sebaik terbukanya mata untuk memulakan hidup baru.
Adakah saya akan menjadi lebih baik dari semalam?, ~sekali lagi saya menanyakan diri.
Hari ini saya mengerti bahawa berkarya hanya sekadarnya menyediakan wadah, yang memberikan natijah, sesungguhnya hanyalah Allah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home