JANGAN BERSIKAP NAIF, TEMANKU
Telah lama saya tidak menulis apa-apa di sini. Waktu yang tersisa untuk menempel sesuatu di blog sendiri pun tidak ada. Sesuatu yang memberi manfaat pada pembaca semua. Ya, menulis itu boleh, tetapi menulis yang memberi manfaat itu yang penting. Sehinggalah baru-baru ini, terjadi suatu peristiwa di mana saya fikir ada manfaatnya jika dikongsikan disini.
XXXXXKisah hendak menjadi penulis ini sesungguhnya berbagai yang telah saya dengar dan lalui, namun yang terkini ini agak lucu tetapi wajar diambil peduli. Sewaktu saya mula-mula menghasilkan karya yang pertama, internet itu satu dunia yang jauh, malah satu dunia yang hanya muncul dalam mimpi orang-orang yang tidak berada. Tidak ada sesiapa pun pada waktu itu yang mengetahui bagaimanakah karya dan harapan yang mereka tintakan di dalam karya-karya mereka itu diperlakukan.
XXXXXSaya salah seorang penulis yang tidak mengetahui itu. Setelah dunia internet itu sampai kepada saya lewat setahun yang lalu, barulah saya mengerti bagaimana menulis itu sesungguhnya satu dunia yang luas dan rezeki di dalam bidang penulisan ini juga nyatalah bukan satu pulangan rezeki yang kecil, namun harus punya satu dua syarat jika ingin berdaya dan berjaya. Dan syarat-syarat ini sangat wajar jika saya katakan menuntut pengertian jiwa dan daya tahan diri yang bukan sedikit.
XXXXXDan di sinilah kisah teman penulis ini bermula. Seorang teman penulis ini telah terjun ke dalam dunia penulisan kerana barangkali dia merasakan bahawa dia akan menyangupi cabaran menulis karya-karya kreatif. Saya fikir setelah dia melalui beberapa waktu menulis yang mencukupi (menurut hematnya), maka terlahirlah sebuah karya yang bergaya fantasi. Suatu percubaan berani yang pada hemat saya sangat menjadi.
Mengapa saya katakan menjadi?
Teman pengarang ini saya fikir sangat produktif dalam melancarkan iklan ke atas novelnya. Setiap ada kesempatan dia akan meletakkan jejak (link) blognya di mana-mana agar karya dan dirinya dikenali. Pada awalnya teman-teman penulis yang lain tidak begitu memperdulikan blognya itu kerana pada blognya itu hanya ada luahan kecewa, berontak emosi dan amarah yang entah kepada sesiapa, namun setelah terlahirnya karya beliau yang pertama, blognya tiba-tiba menjadi tempat kunjungan para penulis blog yang lain. Malah tanpa dapat dikawal, novel pertamanya itu tiba-tiba menjadi kontroversi yang membuak-buak malah menjadi semakin hangat sebelum tibanya karyanya itu ke toko-toko buku di ibu kota.
Sayangnya,
Penulis ini kalah minda dan semangatnya pada nota-nota nakal teman-teman penulis yang lain. Jiwa kecilnya terusik kerana karya pertamanya ditertawakan oleh beberapa orang pembaca blog. Tajuk novelnya malah diolok-olokkan dan ini mendatangkan rasa hiba dan marah di hatinya pula.
Saya turut membaca usikkan-usikkan teman yang melucukan itu dan akhirnya di hujung geramnya, dia memadamkan nota-nota nakal yang tercatat diblognya malah mengunci blognya dengan hanya membenarkan orang-orang tertentu yang dapat menghantar komen.
Teman penulis ini tidak mengerti bahawa dunia yang menuntut hasil karyanya itu tidak berhenti hanya setakat menghasilkan sebuah buku. Dia harus bersedia menghadapi kritik, usikkan, nota nota pendek yang menikam belakang, malah cerca pribadi dari orang yang membaca karyanya. Dia tidak mengerti bahawa semuanya itu lumrah bagi seseorang penulis yang baru hendak berjinak-jinak dan hendak terjun di dalam dunia penulisan.
Saya juga malah mengeluh tak mengerti dengan sikapnya.
Teman penulis ini terang-terang tidak menyedari kerugian yang telah di perbuatnya!.
Menutup komen di blognya samalah ertinya dengan menutup pintu kepada ubat-ubat yang malah bakal mengagahkan karyanya pada masa hadapan. Ya, saya setuju bahawa bukan semuanya ubat yang dilontarkan kepadanya itu baik, malah ada bisa yang membunuh dan mematahkan semangat. Namun sesuatu yang harus diingat oleh teman penulis ini adalah suatu pepatah english yang mengatakan, "what doesn't kill you, will makes you stronger".
Malah, apa yang lebih merugikan, 'ubat-ubat' yang menguatkan itu malah diberi percuma!.
Percayalah, hari ini tidak ada orang yang mahu memberi nasihat malah jika boleh mereka akan membiarkan kita terkapai-kapai tanpa mahu menghulurkan pertolongan. Ini bukan merujuk kepada semua, tetapi percayalah, ianya turut malah menjadi sebahagian dari realiti kehidupan dan perjuangan. Hiduplah dengan kenyataan ini, temanku, jika benar saudaraku ingin hidup berjuang dalam dunia penulisan ini.
Jangan semudahnya menyerah dengan usikkan yang sekecil itu, bukalah kembali blog saudara tanpa syarat. Ini saranan saya yang pribadi kalau saudara ingin berjaya.
Kalau rasanya berat, maka dilain waktu, janganlah berumah di tepi pantai, jika tak sanggup dipukul badai. Dunia apa pun akan ada kejelekkan, penulisan malah tidak terkecuali. Nikmatilah detik detik pertama ini kerana ia tidak akan berulang lagi.
Ingatlah temanku, padang perahu di lautan, padang hati, di fikiran.

2 Comments:
Encik Panaharjuna,
Saya sudah lama menyimpan link blog encik nie. Sejak dari bengkel penulisan KarnaDya dulu lagi. Tetapi malangnya baru sekarang saya sempat menjengah ke dalam blog encik ini.
Hmm...
Apa yang encik kongsi bersama ini, sememangnya betul. Tanpa kritikan dan sokongan daripada orang-orang di sekeliling kita, agak mustahil untuk kita maju ke hadapan. Namun, mungkin juga boleh membuatkan kita mundur ke belakang. Tanpa kritikan dah, bagaimana kita hendak mengetahui kelemahan dan kelebihan kita?
Tanpa sedar, kita sendiri yang menentukan perjalanan hidup kita.
-aBaRd a.r-
Err... siapakah gerangan penulis ini wahai kanda? Adakah itu dinda? Erm... jauh sekali dari 'ya'. Atau... atau... err... err. Ya! Dinda sudah tahu! kekeke...
Dia dah buka balik daaaa.
~ainin naufal~
Post a Comment
<< Home