My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Monday, July 23, 2007

Contoh skrip 1 muka

EXT.

TEMPAT :SEKOLAH RENDAH/KANTIN/DISEBUAH BANGKU PANJANG.

WATAK : AZIZUL, KAMAL DAN JOHARI ( BUDAK BERUSIA 8 TAHUN)
EST. FLASHBACK - KELIHATAN KAMAL SEDANG BECERITA KEPADA AZIZUL DAN JOHARI DENGAN BEGITU BERSEMANGAT SEKALI. AZIZUL DAN JOHARI BERMULUT TERLOPONG DAN BERTUMPANG DAGU MENDENGAR KATA-KATA KAMAL.

AZIZUL (V.O.)
Aku ingat lagi masa mula-mula aku kenal Kamal. Masa tu aku darjah 1
KAMAL
...binatang tu besar pintu kantin tu kau tau, tapi kan, datuk aku tak takut la, sekali dia swing binatang tu, terbang!

JOHARI
Terbang?, terbang ke mana?

KAMAL
Mana lagi?, Terbang balik Jepun la!

Kamal dengan wajah serius menunjukkan ke arah langit.

JOHARI DAN AZIZUL
Huyoooooooooo!!!!

Sammbil memandang ke langit.

AZIZUL (V.O.)
1982. Berapa punya bebal la aku dengan Johari masa tu, nasib baik la masa tu aku budak lagi..

FADE TO:

EXT.

TEMPAT : DALAM KERETA/ DISIMPANG TIGA SEBUAH JALAN RAYA

WATAK : AZIZUL, JOHARI,MOKHTAR DAN SALLEH

EST-HANYA AZIZUL YANG TERSENYUM, JOHARI, MOKHTAR DAN SALLEH KETAWA BESAR.

dialog untuk yang selepas ini aku tak tulis, sebenarnya ada. Cuma aku seperti terasa hendak dengar pendapat Jonos.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Jonos (salah)

jOnOs (betul)

4:10 PM  
Blogger Panaharjuna said...

Cis! hahahaha....

2:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

Cis! hahaha.... (salah)

Cis! Hahaha.... (betul)

12:50 PM  
Blogger sangchinok said...

Dari pengalaman sayalah, kan.... Tak ramai orang yang dapat memahami adanya babak 'intercut' dalam skrip tu - walaupun dah 20 tahun mengarah! Kalau pengarah boleh silap, budak konti, budak mekap, lagilah silap.

Jadi, eloklah dipecahkan babak tu kepada dua. Ataupun dialog yang pertama tu, dijadikan VO.

Wassalaam...

2:22 AM  
Blogger sangchinok said...

Bukan jadikan VO lah...! Maksud aku jadikan tua...! Maknanya bezakan watak 8 tahun dengan yang dalam kereta tu....

Adoih, dah ngantuk la ni....

2:26 AM  
Blogger panaharjuna said...

Ok. trimas encik editor. Nota ini diberi perhatian oleh saya dan rakan-rakan

5:06 AM  

Post a Comment

<< Home