BILA IBU BATUK-BATUK
Sudah sepuluh hari ibu batuk-batuk. Hati belas mendengar batuk-batuknya yang memeritkan itu. Saya yang demam dan batuk sebelum ini, telah lama hilang batuknya. Cuma batuk ibu yang tidak reda-reda.
XXXXXKerja-kerja jadi terganggu bila mendengar batuk ibu, fikiran saya runsing dan beberapa pertemuan penting termasuklah mesyuarat Pekomik yagn seharusnya saya hadiri hari ini terpaksa saya uzurkan diri.
XXXXXIbu lebih perlu perhatian saya.
Saya rasa ralat kerana tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat pekomik itu, malah barangkali acara komikon juga. Namun saya yakin segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Bila ibu tertidur dalam lena yang panjang barulah,. bunyi batuk-batuk keras itu turut sama menidurkan diri. Saya jadi tenang sebentar lalu menarik labtob untuk menyambung cerita sahabat kole kacang. Pagi tadi sekitar jam 5 pagi, ibu batuk lagi. Batuk yang keras.
XXXXXYa sudah. Saya memberitahu diri. saya menghantar sms kepada teman-teman mohon di beri kelepasan dari menghadiri mesyuarat pekomik. Alhamdulillah, mereka memahami.
Kini saya pula harus mengatur jadual yang baru.Ah!, boleh tahan juga sukarnya kerja seorang penulis ini!.

1 Comments:
Salam dunia..
Moga 'ibu' kembali sehat al-aafiyat..Allhu yashfiiha..
blog menarik ni dah pon aku likn-kan ke blog kami...izin ya tuan rumah:) ...untuk inspirasi..moga Tuhan buka jalan...
- anTusufi
Post a Comment
<< Home