My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Saturday, June 02, 2007

KERANA MINAT

Selepas berbulan-bulan Blog ini tidak di kemaskini, hari ini entah mengapa, saya tergerak untuk membebel. Tangan saya liar hendak menulis pojok. Mengatal sesaja. Lepas selesai SKK3, terasa hendak sejukkan sekejap keyboard di rumah itu. Hari-hari ketuk keyboard pun tak elok juga. Lalu semalam, saya bawa ibu ke Kuala Lumpur. Ke rumah adik perempuan. Cucu-cucu yang dua orang itu bukan main sukanya bertemu nenek mereka. Adik lelaki pula hendak pakai van, hendak guna untuk bawa komputer. Dalam satu hari ini juga, saya mentransformasi hidup yang menghadap skrin kepada bertemu orang-orang hidup.

XXXXXXXXXXXMurshidi adalah orang hidup pertama yang saya jumpa hari ini setelah selesai bergunting rambut. Sahabat yang satu cilah sekali baru dapat jumpa. Kami duduk-duduk di kedai sambil minum dan sembang-sembang tentang kerja dan sejarah hidup. Tentang kawan-kawan yang masih hidup bahagia dan tentang kawan yang sudah bercerai dari derita. Dengar cerita Murshidi tentang susahnya mengurusnya budak-budak praktikal sekarang ini membuatkan saya terfikir betapa semakin dewasanya hidup semakin besarlah pertanggungjawabnya yang di pikulkan tuhan kepundak kita.

Saya kenal manusia Murshidi ini sejak dia masih 'budak' lagi. Tidak ada hari yang dia tidak dihukum oleh guru. Dari 'berjalan itik' sehinggalah ke 'kawad rolling', semuanya kami merasa. Namun tidak pernah saya dengar dia mengeluh kerana merasa disusahkan oleh manusia, tetapi hari ini setelah dia hidup di Kuala Lumpur, barulah terdengar keluhan itu. Oleh kerana Murshidi masih kebal dengan jiwa kampung, hatinya masih lembut hendak menghukum melayu yang menyusahkan hidupnya. Saya khabarkan kepadanya bahawa hidup dihutan batu lain sifir dan hukumnya. Harus berlaku keras dan tegas. Pendirian dan tindakkan jangan semudahnya dibiar diinjak-injak.

XXXXX"Tough but fair, Shidi". Murshidi diam, masih lembut hatinya memaafkan walaupun kepalanya sudah beberapa kali di pijak. Barangkali dia bimbang tukul dan tangga melayang seperti ketika dia mula-mula masuk bekerja dahulu. Saya faham sangat Murshidi yang dahulu itu, panas baran. Tetapi setelah dapat seorang anak ini, jiwa lelakinya sabar sedikit.

XXXXX"Kalau ikutkan hati aku dah lama aku henjut budak-budak tu, Dark", Dark adalah gelaran saya sewaktu di Giat dahulu.

XXXXX"Nak aje aku cepuk sekor-sekor, main-main aje kejenya."

XXXXX"Kau tak schedule dorang?"

XXXXX"Sudah! tapi asal aku tinggalkan aje, keje tak siap, kadang-kadang saja aku bagi ekstra sejam, aku nak tengok boleh selesai ke tidak, tak juga!"Saya termenung sudah berbagai idea saya bagi pada Murshidi, tapi nampaknya semua cadangan saya sudah di cuba terlebih dahulu.

XXXXX"Kau tau apa masalah sebenar budak-budak praktikal ni?" Akhirnya Murshidi menghuraikan punca pada saya,

XXXXX"Ha, apa dia?"

XXXXX"Minat, aku perhatikan budak-budak ni tak ada minat dalam bidang yang dia orang ambik ni"

XXXXXXXXXXXTiba-tiba, saya berasa bahawa saya adalah orang yang bertuah kerana alhamdulillah, hari ini saya benar-benar 'bekerja' di bidang yang saya minati. Bidang penulisan yang menjadi kegilaan dan minat saya.

XXXXX"Ya, aku setuju" dan saya berhenti memberi cadangan setelah jawapan itu keluar dari mulut Murshidi. Saya tahu betapa sukarnya bekerja tanpa minat, selagi-lagi minat itu tidak tumbuh dan subur di dalam jiwa selagi itulah semua kerja terasa sukar.

Kerana itu juga walaupun batuk saya belum pulih sepenuhnya, kerana minat, saya akan menghadirkan diri juga ke MASKARA malam ini. Harus!



5 Comments:

Blogger hani_san said...

hi...been waiting for ur latest blog!

congrats for the completed work of SKK3 but pls make sure that 'the same mistakes' won't happened again! don't let down ur readers...let me know when it's ready on the market ;-)

minat...sesuatu yg perlu ada utk meneruskan sesuatu pekerjaan yg mana its lacking in one's spirit nowadays. the right person should gv them motivation from time to time in order to achieve the target...


...and good luck for tonight!

1:50 PM  
Blogger Mat Jan said...

malam Maskara, kau la yg baca paling penuh perasaan. aku dengar macam drama radio. hoho. tahniah2.

4:26 AM  
Blogger Amyz! said...

Hihi. Kau buatkan appearance aku terlalu obvious sekali. Huhu.

Aku dah abis baca 40 Lukisan Hati. Aku rasa jalan ceritanya sangat simple & comel.

8:01 AM  
Blogger Faisal Nordin said...

"Berjuanglah dalam daerah kamu sendiri" kata seorang yang hebat dan masih hidup sehingga hari ini! :)

10:14 PM  
Blogger Panaharjuna said...

Nazrul hani >> yea betul tu. Segala teguran akan diambil ingatan oleh saya dan encik Faisal

Mat Jan>> hahahaha....tak pasal-pasal aku rasa cam belakon drama pentas la pulak!

Amyz>> Sorry ler adinda kerana mempergunakan kamu seadanya,kamu antara awek yang cun malam tu, hehehehe kira nasib la ek...

Ice>> err daerah Kampung Sri Kendong ke?..hehehehe

11:29 AM  

Post a Comment

<< Home