My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Saturday, April 21, 2007

PEJUANG BAHASA TIDAK BERBUDI BAHASA?

Menjadi pejuang itu satu kerja yang sukar. Menurut hemat saya.

Arah perjuangan harus sentiasa di landasan dan matlamatnya harus dicapai .Bolehkah matlamat perjuangan dicapai jika arah dan landasannya diubah-ubah?.

Tentu sahaja boleh… , kalau anda menganut fahaman Karl Marx

“Matlamat menghalalkan cara”

Saya terfikir hal ini bila ada teman penulis yang marah-marah kerana melihat bahasa asing dijunjung-junjung dalam dunia pendidikkan sains dan matematik.Saya fikir kerana nalurinya untuk melihat pelajar yang baru baru hendak mengenal nikmat dunia mantik dan taakulan terlihat gagal, kekesalannya terluah menjadi letusan marah yang tidak terkawal.

Kemarahannya menyusur lebih jauh lalu melabel semua orang yang berbicara yang selain dari bahasa ibunda sebagai keparat berwajah babi dan anjing.

Alangkah terlalu.

Soal memperjuangkan bahasa bukan soal sehari dua, bukan percubaan setahun, dua atau beberapa tahun malah. Bukan hidup dalam kelompok sendiri-sendiri dan melontar marah dari kubu yang selamat.

Perjuangan itu saya fikir kerja seumur hidup. Soal ideologi yang dibawa dalam setiap helaan nafas. Tidak ada punch card, tidak ada bayaran, malah turun ke tengah lembah masyarakat membawa fikir atas maksud perjuangan itu. Hidup dengan wajah pendiri yang ingin dibawa dan berbicara mengenai perjuangan itu disetiap ada atau tidaknya waktu dan disetiap ada atau tidaknya kesempatan.

Menjadi pejuang itu menurut hemat saya menuntut perubahan yang seluruhnya, lahir dan batin. Fikir, bicara dan tindakkannya harus mendefinasikan sikap. Dan sikapnya terlahir dalam tindakkan yang wajar, tenang dan matang. Si pejuang memahami apakah permasalahan yang menuntutnya agar berjuang itu dan meleraikan kekusutan dan salah faham yang dihadapinya dengan gigih dan yakin.

Kalau sekadar kecewa dengan manusia lalu mengambil pendirian untuk menghentam mereka-mereka yang tidak sejalan dengan arah pejuangan kita, saya kira, urusan pejuangannya belum berjalan, malah maaf, kalau saya katakan masih belum bermula pun.

Kalau sekadar bila melihat satu dua kepincangan, lalu tiba-tiba emosinya terpancing dan meletup marah, itu namanya pejuang hujung minggu.

Tetapi ya..masih lagi boleh di gelar pejuang…

Dan kalau ia pejuang bahasa, tidakkah ironinya jika di panggil pejuang bahasa yang tidak berbudi bahasa?

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam. saudara panah...

"Kemarahannya menyusur lebih jauh lalu melabel semua orang yang berbicara yang selain dari bahasa ibunda sebagai keparat berwajah babi dan anjing."

sungguh2 keterlaluan...pada hemat sy sahabat saudara itu pada ketika menuturkan kata2 sebegitu adalah kerana dibwh pengaruh rasa amarah yg teramat...kecewa...kerana hajatnya melihat kegemilangan bahasa ibunda semakin hari semakin malap cahayanya...disbbkan oleh penutur bhs ibunda itu sendiri...

soalan sy, seumur hidupnya tidak pernahkah dia menuturkan bahasa lain selain bhs ibundanya? jikalau begitu apa pula label yg diberi kpd dirinya sendiri selaku penutur bhs tsbt??? si pencinta teragung?

maaf kiranya persoalan sy ini lari dari tajuk blog anda ttp perenggan di atas menjentik sanubari...

sy, mencintai bhs ibunda sy sebagai mana sy mencintai bangsa dan negara yg bdaulat ini. kerjaya sy melibatkan bidang bhs yakni bhs yg dikatakan sebagai bhs dunia...bhs yg dicaci maki dihina oleh sahabat itu...jadi sebagai pengajar dan penutur bhs tbst, adakah sy juga tergolong dalam mereka yg "keparat berwajah babi dan anjing"??? alangkah sedih dan thinanya diri sy ini disaat ini....dilabel oleh sahabat saudara yg pd kiraan sy berdarah tulen dan sama2 mnuturkan bhs ibunda yg sama spt sy...sy sendiri merasa sedih apabila melihat bhs ibunda sy diperkotak-katikkan oleh mereka yg buta bhs ibunda tetapi mengagungkan bhs lain...mengapa ini harus berlaku? sedih...pedih...

saudara panah, sy spt pejuang hujung minggu yg tiba2 dijentik lalu meletus mengeluarkan asap nipis yg hangat...tetapi selagi nawaitu sy berada dilandasan yg benar, sy tetap akan meneruskan kerjaya sebagai pendidik yg menyebarkan bhs kedua negara; bkn sebagai pejuang bhs yg memusnahkan bhs ibunda: kepada bakal pewaris negara di masa akan dtg...selagi hayat dikandung badan!

kepada sahabat saudara panah... bicaramu jangan keterlaluan...
marahmu jangan sampai membakar diri...
kelak lenyaplah pejuang bahasa...
yg sedari dulu ditunggu-tunggu oleh bangsamu sendiri...

wassalam.

7:45 PM  
Blogger Norman said...

Meh, memang ada orang macam itu. Nasionalisme buta berpistolkan marah tanpa sebab rasional. Biasanya saya malas nak layan.

1:08 PM  

Post a Comment

<< Home