My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, April 17, 2007

Stardust : Dari novel ke filem


Saya mengenali karya-karya Neil Gaiman sebenarnya masih baru. Sekitar tiga atau empat tahun yang lalu. Di perkenalkan oleh seorang teman yang lebih di kenali oleh teman-teman dengan nama Ubdertaker (bukan Undertaker). Buku pertama Neil Gaiman yang saya tatap adalah STARDUST. Sebuah Novel yang dikarang pada tahun 1997 (gambar ini adalah kulit bukunya yang terbaru setelah ulang cetak yang ke...entah!) Buku yang saya baca dari pemberian saudara Ubdertaker itu adalah sebuah sebuah Nomik. Nomik yang dibikin saling tak tumpah seperti novel kanak-kanak berkulit tebal yang saya baca sewaktu didalam usia yang masih sangat hijau~buku-buku berbahasa English sebesar tapak tangan seperti Hansel and Gratel, Jack and the beanstalk, Snow White dan berbagai-bagai lagi dongeng dari dunia barat. Bedanya, Stadust yang saya baca itu sebesar A4. Namun tetap berbaloi kerana lukisan didalamnya detail dan mengkagumkan.

Ketika kali pertama saya menatap karya Stardust itu, saya benar-benar tidak menyangka bahawa ada suatu genre fantasi yang boleh dibikin dengan latar dunia imaginasi yang sebegitu. Pada saya Neil Gaiman adalah seorang pembaharu dalam dunia penulisan fantasi. Sesiapa yang pernah membaca karya-karya bikinannya, seperti 'Ramadhan' umpamanya, akan setuju bahawa karya-karya Neil Gaiman ini walaupun sangat kreatif namun harus di halusi dengan akidah yang teguh.
XXXXXXXXXXKerana bagusnya gaya penulisan Neil Gaiman ini tidak mustahil jika akan ada pembaca merasa terpengaruh dengan dongeng-dongeng moden yang cuba disampaikannya. Sementelahan pula beliau adalah seorang yahudi maka (menurut hemat saya) karya-karya beliau sedikit sebanyak pastilah mempunyai pengaruh kisah Israeliyat.

Stardust tidak terkecuali dari genre ini. Seperti mana Superman di bikin, Stardust turut mempunyai iras yang sepertinya.

Stardust adalah merupakan sebuah kisah yang bermula di sebuah kampung di England dan berakhir di sebuah Kerajaan Magis. Impian seorang pemuda bernama Tristan yang cuba-cuba memenangi hati seorang gadis di kampungnya yang bernama Victoria telah membawa pemuda ini ke suatu tempat di mana sebutir bintang didada langit jatuh terperosok ke muka bumi.

Demi bukti cinta, Tristan dengan segala upaya berkejar ke tempat di mana hadiah yang luar biasa dari langit itu terjatuh. Ianya adalah merupakan sebuah kawasan larangan (hmm...) yang berada di sebalik tembok kampungnya (hmm...). Lebih menghairankan Tristan, seorang gadis cantik yang terpingga-pingga melihat alam, berada di situ dengan hati luka dan marah. Si gadis cantik itulah rupa-rupanya bintang yang di cari Tristan. Seorang gadis bernama Yvaine.

Apabila plot kisah bergerak lebih jauh, ternyata bukan hanya Tristan seorang yang berhajat kepada bintang dari langit itu. Sekumpulan lanun, tiga ahli sihir yang mengidamkan keremajaan yang abadi dan Putera keempat seorang raja yang tenat di peteratna turut mengumpul azam dan cita-cita untuk memiliki bintang sakti bernama Yvaine itu.

Kesudahan kisah ini hanya di ketahui setelah buku ini habis dibaca atau kisah ini selesai di tonton di pawagam. Sekitar bulan August minggu kedua ( disana tayangannya 10 August)

Berminat hendak menonton sedutan wayang ini ?. Sila ke sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home