Senyum Pagi - Pengurus Program
Tiga orang Sahabat yang bertugas sebagai Pengurus program, Jurutera dan Eksekutif Jualan yang bernama Encik Panah, Encik Ice dan Encik Jonos bertugas dalam sebuah syarikat yang sama.
Pada suatu hari mereka memutuskan hendak makan tengahari di kawasan terpencil ketika menjelangnya waktu rehat tengahari. Di dalam perjalanan Encik Jonos telah terjumpa dengan sebuah lampu usang seperti lampu Aladin di mana pada sebelah tepi lampu itu terdapat tulisan yang berukiran. Encik Jonos mengosok-gosok lampu tersebut dan tiba-tiba, Tuing!, seekor jin bertanduk ala-ala Jin Kopi Super Power menjelmakan diri.
XXXXX"Trimas," kata Jin tersebut sambil tersengih-sengih,"dah tiga ratus tahun aku terkurung dalam lampu ni, adalah pulak tiga orang mat lajak lepaskan aku, syukurlah." Luah Jin tersebut sambil pada masa yang sama sempat pula dia mengutuk mamat tiga orang tu."Aku sebenarnya dah bernazar, sesiapa yang dapat lepaskan aku dari lampu ni, maka aku akan tunaikan 3 permintaanya, tapi disebabkan kau orang ada 3 orang, maka aku akan tunaikan hanya 1 permintaan seorang!"
XXXXX"Aku dulu!, aku dulu" Encik Jonos, si Eksekutif Jualan dengan segera mengangkat tangan, ibarat seorang pelajar di dalam darjah tujuh hendak menjawab soalan matematik.
XXXXX"Ya, apakah permintaan mu?"
XXXXX"Sebenarnya aku dah lama nak pergi ke
XXXXX"Consider done" kata Jin tersebut sambil memetik jarinya lalu Encik Jonos pun hilang dari situ dengan sekelip mata.
XXXXX"Lumayan!"Encik Ice pula dengan serta merta memberikan komennya apabila melihat Encik Jonos hilang dari situ dengan segera. Jin buncit tersengih.
XXXXX"Engkau?, apa engkau nak daa?" tanya Jin buncit kepada Encik Ice,
XXXXX"Aku ingat, aku pun nak gi bercuti la, dengan orang rumah aku, kalau dapat nak gak pergi jalan-jalan kat Bali ataupun boleh juga belayar di lautan luas, berdua sambil memadu cinta, dengan duit berkepul-kepul dalam akaun," Beritahu Encik Ice dengan sepenuh harapan sambil matanya berkaca-kaca gembira.
XXXXX"Bergeehh"Kata Jin tersebut sambil memetik jarinya. Zup!, serta merta Encik Ice hilang dari situ.
Kini hanya tinggal seorang, iaitu Encik Panah.
XXXXX"Ha, kau pulak, nak apa?"Encik Panah memandang ke arah tempat di mana dua orang sahabatnya tadi menghilangkan dirinya sebentar tadi sambil mengusap-ngusap dagunya yang ditumbuhi janggut. Setelah berfikir beberapa ketika, Encik Panah pun memberikan jawapannya,
XXXXX"Kalau boleh, saya nak budak dua orang tadi tu, balik ke ofis selepas waktu lunch"