NOVAR?
“Nah, cuba kau tengok ni” saya memberikan contoh buku Sahabat Koleh Kacang dan Jiwa Pendekar kepada Fadzil. Fadzil senyum melihat dua buah buku saya yang ilustrasi hadapannya dilukis oleh Faisal.
“Comel” Ulasnya sepatah sambil tersenyum lagi, barangkali kerana dia tidak menyangka bahawa pada suatu hari nanti saya akan mempunyai karya-karya yang bertemakan dunia kanak-kanak.
“Ini kau panggil ‘apa’ tadi?”
“Nomik”
“Nomik?”
“Ya, Nomik, Novel campur komik. Kan ada Komik kat dalam tu?”saya menerangkan kepada Fadzil. Fadzil menyelak helaian dalamannya. Memulakan menghadam karya yang saya cipta untuk dunia anak-anak seusia anak-anak Fadzil. Oleh kerana hari lebaran adalah hari bertamu teman-teman saya sudah tentu sahaja di jengah teman-teman atau kanak-kanak sewaktu Fadzil bertandang, lalu Fadzil saya biarkan dahulu sedang saya melayani tetamu. Seusai melayani tetamu dan Fadzil juga mahu langsung pulang ke rumah bersama anak dan isteri, sahabat itu memberikan komen yang ringkas dan padat berkenaan Nomik yang saya buat berdua dengan Faisal.
“Ini bukan Nomik, cik abang” tegur Fadzil. Air muka saya serasa berubah.
“Eh!, betul la Nomik!” saya masih cuba menegaskan.
“Kalau Nomik adalah Novel yang dicampur komik, Sahabat Koleh Kacang ni, sah-sah bukan Nomik”
“Sebab?”
“Sebabnya, gambar yang ada didalam karya kau ni, tak memenuhi takrif komik. Komik adalah KISAH BERGAMBAR YANG LENGKAP DILUKIS . Gambar-gambar ni, adalah fragmen-fragmen peristiwa bertulis yang ditukarkan semula ke dalam bentuk grafik” terang Fadzil sambil tersenyum.
Saya terdiam. Betul juga kata Fadzil
Fadzil menyerahkan dua naskah novel SKK yang sudah habis dibacanya sebelum masuk ke perut kereta.
“Jadi kalau ini bukan NOMIK, apa kita nak panggil ni Dil?” tanya saya pada Fadzil ketika sahabat itu menghidupkan enjin keretanya. Fadzil merenung kehadapan sambil anak matanya bergerak-gerak.
“Istilah yang sesuai adalah NOVAR” Fadzil menyatakan kepada saya.
“NOVAR tu apa?”
“NOVAR tu adalah NOVel BergambAR” terang Fadzil sambil ketawa kecil sebelum memberi salam dan berlalu pergi dari perkarangan rumah.
Hmm…NOVAR?
6 Comments:
Novar... sedap juga bunyinya!
kalau panggil nona roguy cmane? mesti bnyk makcik2 yg mmbeli untuk anak2nya... muahahaha...!
~kangaq
Novar ek..
kalao nak dibahaskan tentang takrifan komik, aku rasa satu malam tak habis. sebab aku boleh kata komik itu lengkap untuk satu bab tetapi bukan keseluruhan cerita. bukanlah sifat utama komik tu mestilah lengkap.
ianya lebih kepada satu teknik penceritaan menggunakan gambar. bukankah itu lebih hampir kepada komik?
apa2 pun timo kasey kerna sudi membacha buku itu :)
“NOVAR tu adalah NOVel BergambAR” terang Fadzil...
'NOVel BergambAR' adalah istilah bersifat umum. Apakah bentuk gambar yang terkandung dalam novel tersebut?
Adakah ia gambar hasil dari:
1) Catan.
2) Kartun.
3) Figura.
4) Foto dan lain-lain.
Kita lihat apakah bentuk gambar yang dipersembahkan dalam sesebuah karya itu.
Dalam SKK ia adalah gambar hasil dari ilustrasi. Ia mempunyai ilustrasi dalam penel-penel tertentu serta dialog yang berbentuk 'komik'.
Jika gambar foto diletakkan di dalam SKK, adakah ia digelar NOTO?
sudah molek sudah NOMIK, tidak perlu susah payah lagi nak tukar tukar istilah
http://en.wikipedia.org/wiki/Novar
Novar? Hihihi. cool!
Kita ini suka benar istilah menggabungkan dua perkataan menjadi satu perkataan yang ringkas. ada yg oke. ada yg tidak.
Post a Comment
<< Home