My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Tuesday, December 11, 2007

Mengapa penting memahami pelukis.

Hari ini saya bertemu seorang pelukis yang sedih. Derita hatinya ditumpahkan kepada saya kerana sang pelukis merasakan hasil kerjanya tidak diperlakukan dengan sewajarnya.
XXXXX"Dia bayar?" tanya saya.
XXXXX"Bayar"
XXXXX"Justeru?"
XXXXX"Bukan hasil kerjaku, lalu mengapa aku harus berpenat lelah memberi usaha yang sebegitu rupa?, jauh panggang dari api kalau mengikut hasil kerjaku yang usai"
XXXXX"Kau merasa tertipu?"
XXXXX"Pada satu-satu tahap, ya, mujur namaku tidak digunakan untuk menyatakan itulah hasil kerjaku"

Saya mengira-ngira sendiri. Ah!, siapa pula yang tidak sedih jika diperlakukan seperti itu?

Menghasilkan karya, tidak kira apa pun sebenarnya adalah satu kerja yang sukar. Kerana karya itu sendiri bervariasi dalam memberikan kesannya. Tidak ada permarkahan yang tepat seperti ujian matematik yang jelas logik batunya.

Dalam menilai karya, 1+2 tidak semestinya menghasilkan 3

Sewaktu saya mula berkarya, saya seperti juga penulis-penulis dari dunia konvensional yang lain, menanggap bahawa pelukis dan melukis itu mudah, sangat sedikit yang mengerti bahawa kerja melukis itu juga memerlukan peranan otak kiri dan kanan. Kerjanya ruwet, tetapi hasilnya paling perlu dan paling utama haruslah memuaskan hati pelukis itu, pada dasar yang pertama.

Tetapi apabila tiba pada dasar yang kedua, iaitu penilaian dari individu yang menuntut hasil karya itu, sang pelukis biasanya diuji emosi, dan di sinilah, pada detik dan ketikanya, kerja yang ikhlas dari hati sudah menjadi separa-separa, selebihnya tidak lagi tulin setelah emosinya lelah berperang antara menghasilkan karya yang mengikut kehendak diri dan yang mengikut kehendak si penuntut kerja.

Si penuntut kerja, menurut hemat saya ( dan ini pengalaman sendiri) belum mengerti mengapa dan kenapa sesuatu gaya itu digunakan pada satu-satu karya dan mengapa gaya yang lain (yang dimiliki oleh sang pelukis) tidak digunakan.

Stroke atau gaya lukisan sebenarnya menuntut dikerjakan seiring dengan karya yang didampinginya supaya mesejnya jelas dan khalayak penerima merasa karya itu bahagian dari diri mereka yang dinukilkan semula. Dimengerti, seperti mana jiwa sang pelukisnya. Ini yang gagal saya fahami pada permulaan jejak menghasilkan karya.

Dari pengalaman lalu, pada tahap ini, sang pelukis masih boleh bersabar. Sekurang-kurang masih hasil kerja sang pelukis yang masih berperang jiwa itu. Namun apabila karya yang sudah siap tidak digunakan malah diganti dengan suatu karya lain yang seakan-akan, segala tenaga dan emosi yang telah dicurahkan pada hasil karya itu mendadak menjadi musnah. Sang pelukis terpana dan tertanya-tanya. Ada yang malah jadi bengong terus lantas berhenti kerja dari menjadi pelukis. Hidup menjual roti canai, menjadi peladang, menjadi penternak, menjadi penjaga cyber cafe, mengukur tanah dan bangunan, malah ada yang mengangkat sepanduk menjadi rebel!

Alangkah kasihan.

Tindakkan ini, menurut hemat dan pengalaman saya, sesungguhnya menafikan bakat sang pelukis. Saya fikir, sebenarnya, timbangan harga 'kerja' itu masih boleh dibawa berunding jika
sang pelukis diberi kemenangan moral dan karyanya diterima dengan penuh hormat.

Seandainya, stroke atau gaya itu tidak sesuai dengan kehendak si penuntut kerja terangkan kenapa stroke itu tidak sesuai disamping pada masa yang sama turut mendengar pendapat dari sang pelukis juga. Seni mendengar pendapat ini, ramai yang tewas, saya juga malah tidak terkecuali, pada awalnya. Jikalau terima, terimalah semuanya, dan kalau hendak ditolak tolaklah semuanya. Demikian, saya fikir lebih berwibawa buat si penuntut kerja dan juga buat si pelukis itu.

Masih teringat pertemuan saya dengan seorang pelukis mapan lewat meninjau karyanya di rumah.
XXXXX"Ini hasil kerja yang tiga puluh ringgit" sahabat itu menunjukkan satu gambar hitam putih bersaiz A4 yang pada hemat saya memang agak cantik
XXXXX"Kalau sepuluh ringgit,engkau lukis?"
XXXXX"Lukis, aku lukis macam ini" sang pelukis melukis satu gambar lain, juga hitam putih tetapi lebih kecil dan kurang cantik (menurut hemat saya) berbanding gambar yang berharga tiga puluh ringgit yang ditunjukkan kepada saya sebentar tadi.
XXXXX"Kalau lima ringgit?"
XXXXX"Jangan katakan lima ringgit, seringgit pun aku lukis, dan aku akan lukis macam ini" kali ini, sang pelukis melukis satu gambar yang lebih kecil tetapi jelas untuk tatapan saya.
XXXXX"Aiskrim sundae?" tanya saya.
XXXXX"Nanti,belum siap lagi" dan sang pelukis kemudiannya mewarnakan gambar aiskrim sundae yang saya lihat sebentar tadi.
XXXXX"Aku lukis macam ini" katanya sambil tersenyum. Saya hanya terdaya mengeleng.

Ais krim sundae 'haram'!.

1 Comments:

Blogger Xara said...

Saya pernah diupah orang untuk membuat poster untuk pameran. Kemudian, pada hari pameran, saya menziarah booth tersebut dengan hati berbunga-bunga. Ingin melihat hasil yang telah diusahakan, tetapi kecewa yang diperoleh. Hasil akhir itu langsung tidak menyerupai paras rupa semasa diserahkan kepada tukang upah. Oh dan tukang upah itu berkata dengan gembira, "akak suruh orang lain ubah,". Poster berwarna senada telah transformasi menjadi poster meriah umpama poster kanak-kanak tadika.huhuh.

6:34 PM  

Post a Comment

<< Home