Bila berjanji, bila berazam
Hidup yang memberi erti adalah hidup dengan tujuan. Tujuan mendefinasikan siapakah kita dan mencorakkan hubungan kita dengan manusia yang lain. Disepanjang kehidupan, kita akan mengambil beberapa risiko untuk meneruskan sebuah survival. Survival ini memastikan bahawa kita masih ada waktu dan tempat dalam dunia yang serba menuntut ini.
Ah! tahun ini cuma
XXXXX “Armie Zafran tak ada buku lagi ke?” tanya seorang teman. Saya garu-garu kepala, nampaknya harus tambah sebuah lagi untuk peminat-peminat Armie. Saya berharap, Perang Skirt dan Kebaya dapat di selesaikan pada penggal pertama tahun ini. Janji ini sudah lama saya suguhkan kepada Kak Nor namun masih belum tertunai. Ah, alangkah aibnya.
XXXXX “Pertanda macamana, jalan tak?” tanya seorang teman pelukis.
XXXXX “Jalan” jawab saya sambil tangan terus mengisai-ngisai fail lama mencari skripnya. Skrip yang sudah lama siap tapi tidak diolah-olah semula. kerjanya tidaklah sukar tetapi memerlukan kosentrasi dan kesabaran.
XXXXXXDua tiga hari ini saya jadi akan phobia jika telefon berbunyi, sahabat yang menagih janji terasa seperti ceti yang menagih hutang. Aduh, minta dijauhkan tuhan jika saya tidak dapat menepati janji. Akan termaktublah salah satu tanda pada diri akan wujudnya sifat munafik.
Tidak menepati janji dan cakap tidak serupa bikin ini satu penyakit yang
Saya jadi insaf lewat peristiwa itu.
Pada waktu itu saya masih seorang penulis yang hanyut dengan perancangan. Perancangan semata-mata, saya bercerita ke sana-sini tentang buku yang ‘akan’ saya hasilkan. Kadang kalanya saya bercerita tentang antologi yang sudah beberapa tahun saya hasilkan. Cerita tentang sejarah. Akhirnya teman pelukis ini menjadi rimas dengan sikap saya, lalu memancung saya hanya dengan sepotong pertanyaan.
XXXXX “Mana material kau?” tanya usop 2020. Hanya seringkas itu kata-katanya yang menyedarkan saya.
Setelah detik itu, bicara tanpa menunjukkan bukti adalah sesuatu yang tidak berani saya berbuat.
Kerana itu saya lebih selesa membuat blurp selepas selesainya sesebuah novel atau karya dihasilkan, saya jadi risau kalau penerbit meminta sinopsis bersekali dengan jalan cerita. Pertamanya memberikan sinopsis samalah dengan memberikan janji sebuah cerita yang sudah siap, malah memberikan tagline juga samalah natijah.
Saya tidak bijak membuat sinopsis ‘ump’ . Saya mengira, sinopsis harus punya kekuatan untuk menarik pembaca menghayati cerita, seharusnya juga membuatkan penerbit merasa bersedia untuk menerbitkan karya yang dicanai. Itu baru "genderang" yang melaungkan cabaran di gapura yang pertama. Perang yang sebenarnya adalah menghasilkan karya yang bermutu itu, setelah melepasi cabaran di gapura pertama.
Tahun ini saya ada ‘enam’ perang. Saya berharap pada tuhan agar lulus semua perang ini.
Perang Skirt dan Kebaya, terutamanya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home