My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Wednesday, November 21, 2007

B.P 01 - Hikayat Shah Mardan - Hasil Kerja Anggota Pekomik


Berita ini saya petik dari Klik DBP , RABU 21 NOVEMBER 2007, Komik BARONGAN yang diwarnakan penuh dan skripnya di tulis oleh Yusrizal Mohd Yusuf ini, seingat saya di lukis oleh beberapa orang pelukis yang turut menganggotai PEKOMIK iaitu saudara Mahathir Buang (Milx) yang melukis kulit hadapan sementara Mohd Yazid Kamal Baharin atau lebih dikenali sebagai Zid, Fythullah Hamzah (Kromosom) Mohd Munadzam Samsudin (Peenut) dan Nor Azmi Norazam (Jimi) turut bekerjasama menghasilkan komik Barongan ini.

Dan untuk sesiapa yang berminat untuk menikmati sedikit kerja Hikayat Shah Mardan pula silalah klik diSINI

Sebelum terlupa, dibawah berita ini juga ada pelawaan dari pihak D.B.P untuk sesiapa yang berminat melukis komik untuk pihak D.B.P.

Untuk sesiapa yang berminat. Semoga berjaya.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home