Senyum Pagi - Pengurus Program
Tiga orang Sahabat yang bertugas sebagai Pengurus program, Jurutera dan Eksekutif Jualan yang bernama Encik Panah, Encik Ice dan Encik Jonos bertugas dalam sebuah syarikat yang sama.
Pada suatu hari mereka memutuskan hendak makan tengahari di kawasan terpencil ketika menjelangnya waktu rehat tengahari. Di dalam perjalanan Encik Jonos telah terjumpa dengan sebuah lampu usang seperti lampu Aladin di mana pada sebelah tepi lampu itu terdapat tulisan yang berukiran. Encik Jonos mengosok-gosok lampu tersebut dan tiba-tiba, Tuing!, seekor jin bertanduk ala-ala Jin Kopi Super Power menjelmakan diri.
XXXXX"Trimas," kata Jin tersebut sambil tersengih-sengih,"dah tiga ratus tahun aku terkurung dalam lampu ni, adalah pulak tiga orang mat lajak lepaskan aku, syukurlah." Luah Jin tersebut sambil pada masa yang sama sempat pula dia mengutuk mamat tiga orang tu."Aku sebenarnya dah bernazar, sesiapa yang dapat lepaskan aku dari lampu ni, maka aku akan tunaikan 3 permintaanya, tapi disebabkan kau orang ada 3 orang, maka aku akan tunaikan hanya 1 permintaan seorang!"
XXXXX"Aku dulu!, aku dulu" Encik Jonos, si Eksekutif Jualan dengan segera mengangkat tangan, ibarat seorang pelajar di dalam darjah tujuh hendak menjawab soalan matematik.
XXXXX"Ya, apakah permintaan mu?"
XXXXX"Sebenarnya aku dah lama nak pergi ke
XXXXX"Consider done" kata Jin tersebut sambil memetik jarinya lalu Encik Jonos pun hilang dari situ dengan sekelip mata.
XXXXX"Lumayan!"Encik Ice pula dengan serta merta memberikan komennya apabila melihat Encik Jonos hilang dari situ dengan segera. Jin buncit tersengih.
XXXXX"Engkau?, apa engkau nak daa?" tanya Jin buncit kepada Encik Ice,
XXXXX"Aku ingat, aku pun nak gi bercuti la, dengan orang rumah aku, kalau dapat nak gak pergi jalan-jalan kat Bali ataupun boleh juga belayar di lautan luas, berdua sambil memadu cinta, dengan duit berkepul-kepul dalam akaun," Beritahu Encik Ice dengan sepenuh harapan sambil matanya berkaca-kaca gembira.
XXXXX"Bergeehh"Kata Jin tersebut sambil memetik jarinya. Zup!, serta merta Encik Ice hilang dari situ.
Kini hanya tinggal seorang, iaitu Encik Panah.
XXXXX"Ha, kau pulak, nak apa?"Encik Panah memandang ke arah tempat di mana dua orang sahabatnya tadi menghilangkan dirinya sebentar tadi sambil mengusap-ngusap dagunya yang ditumbuhi janggut. Setelah berfikir beberapa ketika, Encik Panah pun memberikan jawapannya,
XXXXX"Kalau boleh, saya nak budak dua orang tadi tu, balik ke ofis selepas waktu lunch"
36 Comments:
Ko bodek Jin nak menang kerusi DUN mana bro?
Ceh!Jangan lepas ni ada skandal seks ko dgn Jin dlm lampu udah leee..
Uhu hu..
Jonos, kartun politik kau pun best jugak. hati-hati bila melangkah, jangan salah pangkah. Heh
Terima kasih Tuan Ameir,
Baru belajar-belajar melangkah..
Taaatih..taaatih...
GEDeBUK!
Aduuussss...
Bukan jatuh, tapi ada ahli politik mengeluh dacingnya dah senget sebelah.
Aha ha!
Assalamualaikum..
Saya dengan ini menyampaikan kepada semua pengunjung blog ini bahawa sahabat kita iaitu pengendali blog ini saudara Ahmad Zafran atau lebih dikenali dengan nama penanya Panaharjuna telah kembali ke rahmatullah pada 03 Februari 2008.
Dikebumikan pada hari ini, 03 Februari 2008 selepas solat Asar.
Marilah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.
Alfatihah..
Al-Fatihah buat Panaharjuna. Satu kehilangan bagi industri teks/ilustrasi Malaysia.
Ya Allah, tempatkanlah hambaMu ini di kalangan hamba-hamba yang Engkau kasihi. Al Fatihah...
Al-fatihah..
Al-Fatihah buat tuan rumah. Semoga bahagia di sisiNya. Saya akan merindui tulisan tuan rumah... ini adalah yang terakhir.
Al-Fatihah.
Moga rohnya tenang..
Amin.
Semoga Allahyarham aman di dunia sana.
Amiin.
Al-Fatihah.
Al-Fatihah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan insan yang beriman. Ameen..-http://nizam83.wordpress.com
Al fatihah.
Al-Fatihah. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya.
al-fatihah
semoga rohnya dirahmati Allah. amin.
al-fatihah... terasa baru semalam ratuk bersembang di YM dalam bahasa negori yang pekat, sempat kusampaikan rasa bangga atas buku-bukkunya yang telah diterbitkan... merenung beberapa tahun lalu ketika beliau baru tercari-cari sesiapa yang boleh menerbitkan cerita tulisannya, secara bersahaja aku menyebut PTS. beliau juga seorang 'Aurorans' kerana itu dia amat dekat di hati kami... al-fatihah moga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di sisi roh orang-orang yang beriman... takziah buat seluruh keluarga allahyarham.
salam ta'ziah buat keluarga Allahyarham. moga dia dirahmati Tuhannya.
al-fatihah...salam takziah buat keluarga Allahyarham
saya akan sentiasa merindui saat2 berYM dgn tuan rumah... :-(
semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg dirahmati ALLAH SWT...
selamat tinggal sahabat! aku akan merinduimu. sejahteralah kau di sana!
Innalillah...
semoga tenang di sebelah sana.
din
Semoga Rohmu ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan bertaqwa padaMu.
Al-Fatehah.
Jalan dulu penuh liku
Jalan ini, pasti.
AlFatehah untuk arwahnya.
al-fatehah!
moga tinta mu menjadi penerus amal kebaikan dikubur
Al-Fatihah...
Terkilan sangat.
Nite nite, Zafran.
For the last time.
Al-Fatihah. Takziah untuk keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Dari Allah kami datang
kepada Allah kami kembali
Ajal maut, lapar dahaga, hidup mati, semua di tangan Mu. Atas Rahmat mu kami merasa, mengecap dan mengenal akan erti hidup.
Kepada Mu kami kembali dan kepada Mu kami berserah diri.
Lahau la wala Quwwata illa billahil A'liyyil A'dzim.
-awanbadai-
al fatihah...aku akn teruskan projek kite zafran..
Al-Fatihah...
Hari Raya sudah dekat... bagaimana kehidupanmu... di alam sana.
Al-Fatihah...
Setahun berlalu, kehilangan seorang sahabat yang tidak pernah berputus asa dalam kerjaya penulisan beliau.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
sudah lebih setahun... saya juga menjenguk ke sini lagi... moga rohmu tenang di sana... al-fatihah...
Ya, lebih setahun... saya juga masih menjenguk ke sini. Al-Fatihah.
Sudah 2 tahun.... saya masih menjenguk di sini.... Al-Fatihah buat sahabatku.
walaupun arwah jauh tapi tetap dekat di hati kita...Al-Fatihah
Kepada sesiapa yang masih rindukan arwah, bacalah entri ini, saya baru mimpi arwah.
http://aliffirdausazis.blogspot.com/2014/01/mimpi-bertemu-arwah-ahmad-zafran.html
Post a Comment
<< Home