My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Thursday, October 11, 2007

Ramadhan kali ini.

Aku tak pernah pandang mudah Ramadhan. Ramadhan pada aku penilaian untuk satu tahun yang sudah. Penilaian untuk diri aku yang memang dah la kantoi banyak hal dalam urusan akhirat. Pada bulan ni tuhan tambah satu test pada aku yang sememangnya dah serba lemah dalam urusan akhirat ni.
Tapi sebab aku hamba, aku buat aje la. Mana ada hamba boleh tanya tuan dia balik..,

“Apasal kau suruh aku buat ni?,” nak kena penyepak? Ini kena 'jentik' ni pun aku dah nyawa-nyawa ikan. Lagi mau banyak bunyi...
Yang tak bestnya, bila kat ujung-ujung test ni rasa best la pulak dan rasa ‘ada sikit lagi aku boleh upgrade’, tiba-tiba pengawas peperiksaan tu boleh jerit,

“Ok, masa dah tamat!” Arrrghhh...., tension la pulak...Aku rasa macam tewas. Ramadhan kali ini, entah la.., kurang sangat peningkatannya.

Puasa aku kali macam puasa budak-budak, puasa tekak dan perut. Ibadah lak rasa cam biasa jer, quran pun leh tertinggal. Zikir yang tiga ratus pagi dan petang tu pun boleh kantol!. Ramadhan ini seperti mengajar aku sesuatu, Ramadhan ni membukakan kelemahan aku yang selama ni aku takkan nampak kalau aku tak puasa. Kerana itu aku rasa macam tak puas hati pulak nak berpisah dengan Ramadhan yang satu ni. Rasa macam John McEnroe kalah main tenis dengan Mac Gyver. Ish tak puas hatinya aku...

Tahun depan entahkan jumpa entahkan tidak. Aku punya MANA ni mana boleh percaya sangat-sangat.

Tahun ni bayaran kehidupan aku, RM 5. Semalam aku bayar, masa Fariha sedang sibuk shopping, aku lari kejap, solat asar kat masjid jamek pas tu bayar.


Kadang kala bila tak ada ilham menulis aku akan terfikir pasal Sujaul Akra' tu. Ish..., ngeri betul. Harap-harap lepas Ramadhan ni tak ada la aku semalas bulan-bulan sebelum Ramadhan. Aku mahu perkasa ukhrawi.

Ish sibuk ceta pasal diri aku jer, sebenarnya aku tulis ni nak mintak maap zaher dan batin pada semua kengkawan yang kenal dan tahu pasal aku, aku ni tak perfect, ada gak buat palat sekali sekala, kalu aku lepas cakap tu harap maklum aje la, aku kan tak suka tengok penindasan. Alip suka la, dia minat wrestling.

Salam Ramadhan
Mat Lajak Ternama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home