My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Monday, September 17, 2007

Laut biru yang merah.

Saya masih ingat lagi, sewaktu isu rambut panjang para penyanyi rock di Malaysia digembar gemburkan, S.N A. Samad Said, barangkali, tanpa mahunya telah turut diheret sama ke dalam persoalan itu. Malah membuatkan sasterawan itu seperti terpaksa 'mencoret'kan sesuatu di dada akbar, bukan sahaja untuk memperjelaskan prinsipnya, tetapi lebih kepada memberi suatu fikiran kepada suara-suara sinis yang pada ketika itu mempermainkan prinsip para artis rock ini.
XXXXXXXXXSaya masih ingat lagi upacara memotong rambut salah seorang artis rock Malaysia (saya sudah lupa siapa, samada Awie atau Amy) yang dijalankan di TV1 oleh Tok Mat. Saya fikir pada ketika itu ramai peminat-peminat Awie dan Amy tidak dapat menerima apa yang diperlakukan oleh saluran televisyen itu terhadap mereka, saya malah pergi ke dapur (dengan alasan hendak membuat air) kerana tidak sanggup hendak menyaksikan insiden melukakan itu!. Namun kami semua (yang konon-kononnya Mat Rock Kapak) seolah-olahnya mengerti bahawa keputusan Wing dan Search untuk mengunting rambut itu adalah semata-mata suatu asakkan politik untuk mereka meneruskan kerjaya di bidang seni yang mereka cintai. Kerana tidak punya pilihan, mereka memendekkan rambut dan kemudian meneruskan berkarya seperti biasa. Masalah periuk nasi mereka dengan saluran televisyen itu khabarnya telahpun selesai. Seperti terngiang-ngiang difikiran saya kata-kata Pak Samad apabila beliau mengatakan periuk nasi kumpulan rock ini ibarat "sudah dicurah pasir" ke dalamnya. Masih juga terbekas difikiran saya kata-kata Pak Samad lewat persoalan yang tercatat pada ruangan surat khabar itu. Kata-kata pujukkannya kepada Amy dalam menangani masalah itu,
XXXXX"Akan tiba masanya, apabila soal berambut panjang ini akan dilupakan orang, namun lagu-lagu SEARCH akan tetap kekal diingati sampai bila-bila."
XXXXX Ya, itu satu pujuk yang halus tetapi benar. Dan seperti mana yang dinyatakan oleh Pak Samad, lagu-lagu SEARCH memang pada akhirnya menjadi seperti suatu fenomena lagu yang klasik, romantis dan menyentuh naluri. Lagu-lagunya yang seperti Fantasia Bulan Madu, Isabela, Purnama, Teguh, Kejoraku bersatu, Andai kumiliki semalam, Laila Namamu Teratas, Saat ku Idamkan, Nirmala, Seroja, Tiada Lagi dan banyak lagi malah mempunyai sentuhan kesenian sastera bergenre romantisis yang boleh diberi pujian. Sementara lagu-lagu WINGS yang seperti Bujang Senang, Ukiran Jiwa, Sejati, Teori Domino, Bara, Intanku kesepian, Di Penjara Janji dan Alam Barzakh lahir menyentuh persoalan politik, kemanusiaan dan cinta.
XXXXX Satu pengiktirafan seni buat lagu-lagu mereka, dan seperti yang diduga Pak Samad, soal berambut pendek atau panjang itu akhirnya menjadi suatu memori di dalam lipatan sejarah.
XXXXX Sayang, sejarah orang seni tidak selalu bahagia. Laut biru tenang yang dihuni oleh mereka kini jadi laut merah yang berdarah apabila satu bentuk asakkan yang baru datang bertandang. Kini, biarpun Amy sudah membotakkan kepala sekalipun, masalah periuk nasi golongan ini masih belum pergi.

Inilah petikkan dari kebimbangan Amy di Utusan Malaysia, hari ini, 17 September 2007. Pada hemat saya, kebimbangannya beralasan.

Kata hati Amy yang sebenarnya turut dikongsi oleh golongan pengkarya yang lainnya. Kebimbangan yang sama. Bagaikan tertanya-tanya, adakah laut biru kami juga akan bertukar menjadi merah?

1 Comments:

Blogger azhar said...

ini satu realiti..senario sebilangan rakyat malaysia..terhadap dunia seni Malaysia..

satu realiti yg pahit utk di telan..

harap2 segelintar rakyat malaysia yg memahami dapat membantu pengkarya seni ini..seperti saya...juga terancam dengan guntingan politik dan kemasukan pengkarya luar..

jawapannya:
support local scene!

tanpa anda..tiada kami..

2:50 PM  

Post a Comment

<< Home