My Photo
Name:
Location: 71350, Kota ,Rembau, Negri Sembilan, Malaysia

Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.

Saturday, September 15, 2007

Pendekar Merah Budiman

Pendekar Merah Budiman.

Beliung Darah dan Tanjung Harimau.

Gangga Perwira dan Bengkung Alam. Dua keris anugerah kerajaan kepada Beliung Darah dan Tanjung Harimau.

Dua sahabat, dua pendekar yang asalnya seguru dan sehaluan akhirnya bersengketa menjadi musuh lantaran kerana berbedanya pendirian di atas ertinya keadilan. Tanjung Harimau memberontak dari dalam, bersama beberapa orang pembesar yang lain, menunggu masa untuk berkhianat di dalam kerajaan daulah.

Melaka, pada saat dan ketika itu, masih muda dalam usianya, Sultan Muzaffar malah seorang kekanda yang masih hatinya terikat dengan kasih kepada keluarga. Kematian adindanya, Sultan Ibrahim memberi kecamuk jiwa yang terlalu. Melihat keadaan itu, berikhtiarlah Bendahara untuk mencari adinda sultan yang kedua, Sultan Khalilullah.

Saat dan ketika inilah, musuh-musuh Melaka mulai menyedari betapa lemahnya tampuk pemerintahan di bawah pegangan Sultan Muzaffar. Maka rencana untuk berkhianat itu pun bermula lalu terlahirlah rancangan untuk memporak perandakan bumi Melaka, mengambil hasil buminya dengan jalan pertualangan.

Lanun Geruh Adikara adalah kunci yang menimbulkan sengketa dan untuk menghapuskannya ternyata bukan mudah. Dalangnya malah seorang lanun sakti yang mandraguna bernama Pendekar Hitam. Beliung Darah yang menjadi lantera Melaka malah tewas ditangan Pendekar Hitam.

Lalu bermulalah zaman huru hara di Melaka….

Saat kekacauan melanda Melaka, tiba-tiba muncul seorang pendekar bernama Ribut Merah. Datang dan perginya seperti ribut yang ganas, hadirnya hanya kerana suatu maksud, menuntut pembalasan di atas kematian Beliung Darah.

Rentetan-rentetan yang melanda Melaka itu akhirnya membuatkan Melaka di tahun-tahun mendatangnya tenang di permukaan namun bergelutan di dasarnya. Ada bara yang terhimpun, menunggu masa untuk membakar, laksana api di dalam sekam.

Ketika itu, lahirlah pula satu watak jaguh yang tersohor, namun terbilang walau tidak di dendang….

Watak yang bernama…

Merah Budiman.

1 Comments:

Blogger Azree Ariffin said...

Assalamualaikum....

wah, menarik ya sinopsis buku ini. teringin nak baca... : )

8:10 PM  

Post a Comment

<< Home